Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31

S’pura terus temui tumbuhan unik yang dianggap pupus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura terus temui tumbuhan unik yang dianggap pupus

Feb 13, 2024 | 02:54 PM



Apabila tumbuhan Uncaria mekar pada 2022, tiga kakitangan Lembaga Taman Negara (NParks) dengan sabar menggerakkan pemangkas sepanjang 10 meter untuk mendapatkan benih bersayap kecil daripada tumbuhan yang diketahui sukar diakses ini.


Hasilnya ialah penemuan semula Uncaria attenuata, yang kali terakhir dilihat pada abad ke-19 yang dianggap telah pupus sepenuhnya di sini.


Tumbuhan kayu dari kumpulan kopi itu, adalah salah satu daripada lebih 320 spesies tumbuhan yang ditemui semula, buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun, kata penyelidik dari NParks dan Royal Botanic Garden di Edinburgh, Britain.

Laporan kajian mereka diterbitkan dalam talian, dalam jurnal saintifik Plants, People, Planet pada 16 Januari 2024.


Banyaknya penemuan baru dan penemuan semula di Singapura, adalah mengejutkan kerana floranya dikaji dengan baik, kata pengarang utama laporan kajian itu, Dr Louise Neo kepada The Straits Times.


Dr Neo, seorang penyelidik di Kebun Bunga Singapura, berkata: “Penemuan menunjukkan bahawa masih ada masa untuk mencari dan mencegah kepupusan tumbuhan yang jarang dilihat, di bandar yang mempunyai penduduk padat seperti Singapura, di mana kebanyakan hutan kita sebenarnya telah hilang sejak awal 1900-an.”

Laporan itu memberi tumpuan kepada tumbuhan vaskular, atau flora dengan sistem untuk mengangkut nutrien dan air, kerana kumpulan tumbuhan ini telah didokumenkan dengan baik sejak beberapa dekad yang lalu.

Seperti Uncaria, penemuan semula dan penemuan tumbuhan baru-baru ini, sebahagian besarnya berlaku di hutan simpanan dengan kawasan hutan terbesar yang didominasi spesies asli: Hutan Simpanan Bukit Timah seluas 163 hektar dan Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah, yang merangkumi lebih 3,000 hektar.


Kata Dr Neo: “Angka menunjukkan bahawa baki serpihan hutan asli yang sudah mempunyai sejarah perlindungan yang panjang, sebenarnya boleh berfungsi sebagai oasis atau perlindungan untuk biodiversiti.”

Hutan Simpanan Bukit Timah, yang mempunyai tompok hutan terbesar di Singapura, telah ditetapkan sebagai rizab pada akhir abad ke-19

Walaupun Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah tidak diwartakan selepas sekian lama, kebanyakannya dilindungi kerana perjanjian pada masa itu untuk memelihara tumbuh-tumbuhan di sepanjang sungai dan badan air, termasuk Kolam Air MacRitchie.

Bilangan spesies nadir paling banyak ditemui adalah daripada kawasan hutan yang paling besar dan paling kurang diganggu di Hutan Simpanan Bukit Timah. Ia mencatatkan 44 penemuan semula dan 22 spesies baru ke Singapura.

Ini diikuti oleh kawasan besar terakhir, hutan paya air tawar, Hutan Paya Nee Soon di Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah, dengan 43 penemuan semula dan 17 rekod baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >