Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ST rangkul anugerah terbaik Asia-Pasifik di Anugerah Media Global

May 27, 2023 | 7:41 PM
ANUGERAH: (Dari kiri): Editor Video akhbar The Straits Times (ST), Cik E-von Yeung, Editor ST Now, Cik Lee Yulin, dan Editor Audiens & Perkembangan, Cik Ng Kai Ling, menerima anugerah di Kelab Harvard di New York City pada 26 Mei.
ANUGERAH: (Dari kiri): Editor Video akhbar The Straits Times (ST), Cik E-von Yeung, Editor ST Now, Cik Lee Yulin, dan Editor Audiens & Perkembangan, Cik Ng Kai Ling, menerima anugerah di Kelab Harvard di New York City pada 26 Mei. - Foto PERSATUAN MEDIA BERITA ANTARABANGSA

AKHBAR The Straits Times (ST) menggondol beberapa anugerah, termasuk anugerah terbaik di Asia-Pasifik untuk pakej interaktif Piala Dunia 2022 di Anugerah Media Global oleh Persatuan Media Berita Antarabangsa (Inma) di New York pada Jumaat.

Pemenang merentasi 20 kategori telah diumumkan pada majlis anugerah di Kelab Harvard, dengan akhbar Norway, Bergens Tidende, memenangi anugerah utama ‘Best in Show’.

Pakej ST itu, terdiri daripada tiga kandungan interaktif, memenangi tempat pertama di bawah kategori jenama nasional untuk idea terbaik bagi menggalakkan penglibatan pembaca.

Akhbar Amerika Syarikat, USA Today, menduduki tempat kedua dan akhbar Italy, Corriere della Sera, menduduki tempat ketiga bagi kategori tersebut.

Pakej ST itu juga merangkul gelaran terbaik di Asia-Pasifik, mengatasi finalis lain dari rantau ini.

Ia diterbitkan menjelang Piala Dunia 2022 dan mengandungi sebuah kandungan interaktif menggunakan realiti terimbuh (AR) untuk menyenaraikan lima gol paling ikonik yang pernah dijaringkan dalam sejarah Piala Dunia Fifa.

Kandungan itu disatukan editor grafik interaktif, Encik Rodolfo Pazos, dan pasukannya, bersama wartawan sukan, Encik Sazali Abdul Aziz.

Pakej itu juga mempunyai sebuah permainan ‘Goal of the Day’ dimana pembaca boleh ‘menendang’ bola ke arah gol, serta sebuah kandungan interaktif yang menjelaskan sejarah lagu Piala Dunia.

Kandungan interaktif tentang lagu itu menggabungkan visualisasi, analisis data dan audio untuk menjelaskan nyanyian bola sepak paling ikonik di dunia.

Ia disusun oleh pasukan Encik Pazos dan wartawan grafik digital Encik Christopher Udemans, bersama-sama dengan penyunting eksekutif Encik Dilenjit Singh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg