Topik diikuti
Pergi ke BHkuStadium Clementi tutup mulai 7 Julai bagi kerja pembangunan semula, buka pada 2030
Stadium Clementi tutup mulai 7 Julai bagi kerja pembangunan semula, buka pada 2030
Stadium Clementi tutup mulai 7 Julai bagi kerja pembangunan semula, buka pada 2030
Stadium Clementi akan ditutup mulai 7 Julai bagi kerja pembangunan semula dan akan dibuka semula pada 2030, umum Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee.
Stadium berwajah baru itu bakal menawarkan pelbagai kemudahan termasuk trek joging baru, padang sofbol, padang serbaguna bagi besbol atau bola sepak, serta gelanggang berbumbung, kata Encik Lee dalam satu hantaran di Facebook pada 1 Jun.
Stadium sedia ada mempunyai sebuah padang, trek larian dan sudut kecergasan, menurut laman web ActiveSG.
Pembangunan semula itu kali pertama diumumkan pada 2024 oleh Encik Lee, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC West Coast.
Stadium tersebut, yang dibuka pada 1983, terletak di tapak antara West Coast Road dengan Eskpreswe Ayer Rajah (AYE).
Sepanjang tempoh penutupan sementara Stadium Clementi, Encik Lee berkata orang ramai boleh mengunjungi lokasi alternatif seperti Pusat Sukan dan Rekreasi Clementi, Stadium Jurong East serta Stadium Bukit Gombak.
“Terima kasih atas kesabaran dan kefahaman anda sedang rakan sekerja kami daripada Majlis Sukan Singapura (SportSG) membina ruang lebih baik untuk masyarakat kita.
“Kami menantikan untuk menyambut kedatangan anda semula ke Stadium Clementi yang lebih besar dan baik,” tambah beliau.
