Taman sukan baru di Ang Mo Kio tawar kemudahan inklusif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman sukan baru di Ang Mo Kio tawar kemudahan inklusif

Kemudahan baru merangkumi gelanggang futsal, kolam renang, gimnasium seluas 1,000 meter persegi
Jan 25, 2026 | 5:43 PM

Taman sukan baru di Ang Mo Kio tawar kemudahan inklusif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, ActiveSG @ Teck Ghee, Lee Hsien Loong, Henry Kwek
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (kanan), diperkenalkan kepada mesin HUR oleh Jurulatih Kecergasan ActiveSG, Encik Mohamed Haiqal Mohamed Suhaimi (dua dari kanan), sambil disaksikan Anggota Parlimen (AP) SMC Kebun Baru, Encik Henry Kwek (kiri). - Foto ZAOBAO

Penduduk kawasan Ang Mo Kio kini mempunyai satu lagi pilihan untuk beriadah dengan pembukaan taman sukan baru yang menampilkan kemudahan terangkum bagi semua lapisan masyarakat termasuk warga emas dan golongan berkeperluan khas.

Taman yang merangkumi kolam renang bagi semua peringkat usia dan gelanggang futsal berbumbung siap dibina di bekas tapak kompleks renang Ang Mo Kio yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 1.

Taman Sukan ActiveSG @ Teck Ghee baru itu dirasmikan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, yang juga Anggota Parlimen (AP) dan Penasihat Akar Umbi kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC Ang Mo Kio, pada 25 Januari.

Berucap semasa acara tersebut, Encik Lee menekankan kepentingan membina kekuatan otot seiring dengan peningkatan usia.

Dalam kiriman Facebook susulan pelancaran itu, Encik Lee turut melahirkan harapan agak penduduk akan memanfaatkan kemudahan baru itu sepenuhnya untuk kekal sihat dan aktif.

“Melalui ActiveSG, pemerintah membantu semua orang kekal lebih sihat, berasa lebih baik dan menjalani kehidupan yang memuaskan, sehingga usia tua,” katanya.

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, melancarkan pembukaan Taman Sukan ActiveSG @ Teck Ghee pada 25 Januari bersama (dari kanan) Anggota Parlimen (AP) SMC Kebun Baru, Encik Henry Kwek; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sport Singapura (SportSG), Encik Toh Boon Yi; Ketua ActiveSG, Encik Tan Hock Leong; dan Ketua Kumpulan Infrastruktur Sukan SportSG, Encik Lim Hong Khiang.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, melancarkan pembukaan Taman Sukan ActiveSG @ Teck Ghee pada 25 Januari bersama (dari kanan) Anggota Parlimen (AP) SMC Kebun Baru, Encik Henry Kwek; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sport Singapura (SportSG), Encik Toh Boon Yi; Ketua ActiveSG, Encik Tan Hock Leong; dan Ketua Kumpulan Infrastruktur Sukan SportSG, Encik Lim Hong Khiang. - Foto SPORTSG

Pembukaan Taman Sukan ActiveSG @ Teck Ghee adalah sebahagian daripada Pelan Induk Kemudahan Sukan (SFMP), satu inisiatif utama di bawah Visi 2030 Singapura.

Ia bertujuan membawa kemudahan sukan yang inovatif, mudah diakses dengan bayaran berpatutan dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari kebanyakan rumah menjelang 2030.

Inisiatif itu juga bertujuan menggalak gaya hidup aktif dan terangkum, selain memenuhi keperluan sukan rakyat Singapura daripada pelbagai peringkat usia dan kebolehan.

Ciri-ciri kolam renang berbilang generasi di taman tersebut dibangunkan dengan kerjasama Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Direka untuk kegunaan terangkum, ia dilengkapi tanjakan bagi memudahkan akses semua pengguna.

Ia turut menggabungkan elemen deria seperti jakuzi dan laluan deria, manakala bangku rehat yang luas dan menyokong kegiatan fizikal berimpak rendah, pemulihan dan rehat.

Taman Sukan ActiveSG @ Teck Ghee turut menyediakan sebuah kolam renang berbilang generasi yang bertujuan menggalak penggunaan terangkum merentasi pelbagai kumpulan usia dan kebolehan, dengan akses tanjakan yang meningkatkan lagi aksesibiliti untuk semua pengguna.
Taman Sukan ActiveSG @ Teck Ghee turut menyediakan sebuah kolam renang berbilang generasi yang bertujuan menggalak penggunaan terangkum merentasi pelbagai kumpulan usia dan kebolehan, dengan akses tanjakan yang meningkatkan lagi aksesibiliti untuk semua pengguna. - Foto ZAOBAO

Taman sukan baru itu juga menampilkan pod tenang atau calming pod — yang pertama seumpamanya di kemudahan sukan tempatan.

Ia menyediakan ruang khusus dan rangsangan deria rendah yang sesuai untuk individu berkeperluan khas yang memerlukan persekitaran yang tenang dan selamat.

Pengunjung juga boleh memanfaatkan gimnasium seluas 1,000 meter persegi, dilengkapi peralatan latihan konvensional serta terangkum, seperti mesin HUR.

Ketua ActiveSG SportSG, Encik Tan Hock Leong, berkata pembukaan taman sukan itu mencerminkan usaha Singapura memikirkan semula ruang sukan kejiranan untuk menyokong gaya hidup aktif.

“Direka supaya mudah diakses dan mesra semua, taman sukan ini menawarkan kemudahan bermutu yang boleh dimanfaatkan penduduk pelbagai peringkat usia dan kebolehan dengan selesa dalam rutin harian mereka.

“Dengan kredit ActiveSG, masyarakat juga boleh menikmati kemudahan ini dengan bayaran berpatutan, sekaligus mengurangkan halangan penyertaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura mengamalkan gaya hidup aktif,” kata Encik Tan.

Pengunjung juga akan dapat menikmati gimnasium seluas 1,000 meter persegi dengan peralatan latihan kekuatan konvensional dan terangkum seperti mesin HUR.
Pengunjung juga akan dapat menikmati gimnasium seluas 1,000 meter persegi dengan peralatan latihan kekuatan konvensional dan terangkum seperti mesin HUR. - Foto ZAOBAO

Mesin HUR menggunakan teknologi pneumatik atau tekanan udara dan lengan tuil, dan bukannya pemberat tradisional.

Ini membolehkan senaman dilakukan dengan selamat dan mudah, khususnya bagi warga emas, golongan kurang upaya serta mereka yang menghadapi masalah mobiliti.

Kemudahan lain termasuk bilik kegiatan gimnasium, gelanggang futsal berbumbung, dua gelanggang untuk sukan berbeza, kawasan permainan air dan gelanggang bola keranjang 3x3.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg