Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Staf korporat FairPrice bantu tugas barisan depan sempena Tahun Baru Cina

Jan 29, 2024 | 5:42 PM
(Dari kiri) Pengerusi FairPrice Group (FPG), Encik Kee Teck Koon, dan CEO FPG, Encik Vipul Chawla, berkongsi bersama pelanggan pasar raya FairPrice di cawangan Kampung Admiralty mengenai promosi limau mandarin.
(Dari kiri) Pengerusi FairPrice Group (FPG), Encik Kee Teck Koon, dan CEO FPG, Encik Vipul Chawla, berkongsi bersama pelanggan pasar raya FairPrice di cawangan Kampung Admiralty mengenai promosi limau mandarin. - Foto FPG

Lebih 400 kakitangan korporat FairPrice Group (FPG) telah mengikrarkan akan menghulurkan khidmat sukarela lebih 2,400 jam bagi membantu pekerja barisan hadapan yang melayani pembeli semasa tempoh sibuk Tahun Baru Cina melalui program ‘One FPG Fairmily’.

Matlamat program itu ialah memastikan pelanggan disokong dengan baik semasa mereka membeli-belah pada musim perayaan, terutama dengan peningkatan peratusan dua angka yang dijangka dalam jumlah pelanggan dan produk yang dibeli.

Ia dijalankan dari 29 Januari hingga 23 Februari, dan pendaftaran bermula dua minggu lalu bagi kakitangan FPG menyertainya.

Bagi membantu pelanggan mengurangkan masa beratur, FPG akan menempatkan lebih 70 kakitangan di semua pasar rayanya untuk mendidik pembeli tentang fungsi ‘Scan & Go’, yang membolehkan pelanggan mengimbas dan membayar serta-merta semasa memilih barang.

FPG, yang ditubuhkan pada 2019, merangkumi Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) FairPrice, Kopitiam, NTUC Foodfare dan NTUC Link.

Dilancarkan lebih sedekad lalu, program One FPG Fairmily memberi kakitangan peluang berkhidmat kepada pelanggan dalam pelbagai peranan barisan hadapan seperti pembantu juruwang, pembantu kawalan orang ramai, tukang stok rak, dan pembantu jaminan produk dan mutu.

“Setiap tahun, pelanggan kami di seluruh Singapura bergantung pada kami untuk mendapatkan barang keperluan perayaan mereka.

“FPG berharap dapat memberikan yang terbaik untuk memastikan pelanggan kami mendapat pengalaman membeli-belah memuaskan sepanjang perayaan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FPG, Encik Vipul Chawla.

Bagi memperlancarkan penghantaran dalam talian, yang meningkat sepanjang tiga minggu sebelum musim perayaan paling sibuk di Singapura ini, kakitangan juga mempunyai pilihan membantu dalam pemilihan, membungkus, dan memproses pesanan dalam talian dari kedai serta di pusat pengedaran.

“Pekerja barisan hadapan kami memberikan komitmen besar dalam perkhidmatan setiap Tahun Baru Cina untuk memastikan pelanggan kami mempunyai segala yang mereka perlukan untuk menyambut bersama keluarga mereka.

“Program One FPG Fairmily ialah cara kami menunjukkan sokongan daripada ibu pejabat kepada mereka, dan mengumpul FPG Fairmily kami bersama-sama untuk bersatu, menjalin hubungan semula dan menghargai satu sama lain serta pelanggan kami semasa musim perayaan,” tambah Encik Chawla.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg