Suasana Tahun Baru Cina mula terasa
Feb 1, 2024 | 7:30 PM
Para pengunjung ke Flower Dome di Gardens by the Bay, menikmati suasana pameran arca naga dan bunga berwarna-warni yang bersesuaian dengan Tahun baru Cina yang bakal menjelang. - Foto AFP
Suasana Tahun Baru Cina yang bakal menjelang kian hangat dirasakan di merata Singapura.
Bukan sahaja di kawasan Chinatown, malah di kawasan seperti Gardens by the Bay turut memaparkan beberapa arca yang melambangkan suasana Tahun Naga.
Bersesuaian dengan tahun baru kali ini, di Flower Dome, Gardens by the Bay, arca naga raksasa menghiasi ruang tersebut – dikelilingi lebih daripada 1,000 bunga dahlia daripada 40 jenis.
Laporan berkaitan
Staf korporat FairPrice bantu tugas barisan depan sempena Tahun Baru CinaJan 29, 2024 | 5:42 PM
Bilangan pelancong ke S’pura dijangka kukuh pada 2024 Feb 1, 2024 | 5:57 PM

