SPH Logo mobile
Langgan|

Sudah boleh adakan kelas agama di rumah

Sudah boleh adakan kelas agama di rumah

Feb 7, 2021 | 5:30 AM

Sudah boleh adakan kelas agama di rumah

- Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
- Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -

DENGAN sekatan Covid-19 kini membenarkan lapan pengunjung ke rumah, asatizah setempat sudah mula mengadakan kelas-kelas sama ada di rumah mereka atau di rumah pelajar.

Antara mereka ialah Ustazah Shazwani Mohamad (gambar kanan) yang telah mula memenuhi permintaan bagi kelas bahasa Arab dan mengaji di rumah.

Ustazah Shazwani, yang mempunyai pengalaman 10 tahun mengajar, berkata beliau mengadakan kelas seramai lima pelajar, dengan mematuhi langkah pengurusan selamat termasuk memakai pelitup.

Meskipun sudah mempunyai sedikit kelonggaran, lulusan Universiti Yarmouk, Jordan itu tetap menggunakan kelas dalam talian sebagai wadah utama mendekati pelajar kerana ia lebih mudah, ringkas dan selamat dalam keadaan pandemik sekarang.

Namun, sekurang-kurangnya kelas sebegini dapat juga memenuhi keperluan rohani pelajar yang lebih selesa dan terbuka berinteraksi secara fizikal, ujarnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg