Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sudah daki lebih 60 gunung; warga S’pura beri ruang perkasa wanita

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sudah daki lebih 60 gunung; warga S’pura beri ruang perkasa wanita

Jan 03, 2024 | 05:30 AM



Cik Hazleen Ahmad Panayiotou, 51 tahun, memulakan Amazing Trekkers Club (ATC) dengan visi untuk mewujudkan ruang bagi memupuk nilai kemasyarakatan, pemerkasaan dan pertumbuhan peribadi wanita.

Sejak pertubuhan ATC pada 2015, beliau telah mendaki dan memimpin lebih 60 pendakian gunung termasuk gunung Kilimanjaro, Kem Pangkalan Everest, gunung Jade di Taiwan, gunung Kinabalu, pergunungan di Perancis, Portugal, Sepanyol, Filipina, Tibet, Bhutan dan pergunungan di Fujairah, Ras Al Khaimah dan Al Ain di Amiriah Arab Bersatu (UAE).


Lebih 2,000 wanita yang menjadi sebahagian daripada ATC berjaya ke puncak gunung di serata dunia itu.

Selepas lapan tahun, kelab tersebut kini mempunyai sekitar 80 anggota wanita yang menetap di Singapura dan masih ingin menjadi sebahagian daripada rangkaian itu.

Berpuluh-puluh anggota lain telah berpindah, termasuk Cik Hazleen, yang bermastautin di Dubai sejak 2020.

Beliau sempat berkongsi dengan Berita Harian (BH) tentang perkembangan ATC sejak pandemik Covid-19.


Menurutnya, pandemik menjejas kegiatan kelab pengembaraan tersebut dalam pelbagai cara.

Contohnya, rancangan untuk trek dan acara perhimpunan bersama terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan ke suatu masa yang tidak tertentu.

Oleh itu, mereka terpaksa mencari cara alternatif untuk mengekalkan semangat kemasyarakatan tanpa bersemuka.

Mereka mengalihkan beberapa kegiatan ke dalam talian dengan menganjurkan pertemuan maya, berlatih dan bersenam bersama.

Tambahan pula, kekurangan acara aktif bermakna ATC berhenti menerima yuran keanggotaan dan terpaksa membayar semula semua deposit untuk pendakian mereka.

“Ramai ahli memutuskan untuk menderma wang yang telah dibayar kepada pengendali darat atau ‘porters’ yang tidak dapat mengembalikan wang kami kerana masalah ekonomi mereka sendiri.”

“Walaupun sebahagian sekatan telah ditarik balik, ramai masih bimbang terhadap keselamatan mereka. Kami perlu melaksanakan protokol baru untuk menjaga kebersihan dan jarak sosial,” katanya ketika dihubungi melalui Zoom.

Cik Hazleen turut menambah: “Kami sedar bahawa kami mesti meningkatkan tumpuan pada kesihatan mental dan emosi dengan memberi penekanan yang lebih besar untuk menyokong kesejahteraan mental kami.”

Meski terpaksa menanggung kerugian dan mengubah gaya hidup secara mendadak, ia tidak menghambat semangatnya.

Malahan, beliau belajar nilai empati dan kesyukuran semasa tempoh yang mencabar itu.

Apabila diberikan kelonggaran dan kebebasan untuk beriadah dan melancong, beliau mengambil peluang itu untuk menyambung pendakian.

Matlamat di sebalik mewujudkan ruang sedemikian bukan sahaja untuk menikmati minat bersama malah keinginan memupuk suasana terangkum dengan setiap wanita berasa dihargai, dan mampu mencapai potensi penuh dalam apa jua laluan yang dipilih.

Cik Hazleen berharap lebih ramai wanita Melayu ingin melangkah ke arah memupuk perpaduan dan persefahaman, memecahkan halangan dan merentasi budaya dan sejarah bersama ATC pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >