Premium
Pendaki singkap dihujani guguran batu Gunung Marapi
Semua korban ditemui pada 6 Dis; daripada 75 pendaki yang mendaftar, 52 berjaya diselamatkan, 23 diisytihar terkorban
Dec 6, 2023 | 4:41 PM
LETUSAN MAUT: Pegawai polis mengusung jenazah mangsa letusan Gunung Marapi, di Nagari Batu Plano, Agam, wilayah Sumatera Barat, Indonesia, pada 5 Disember. Gunung berapi di Sumatera Barat ini meletus pada 3 Disember dan sejauh ini telah meragut 23 nyawa pendaki. - Foto REUTERS
Encik Edho Rustamsyah sedang menuruni Gunung Marapi di daerah Agam, Sumatera Barat, selepas mendaki gunung setinggi 2,891 meter pada 3 Disember, apabila beliau berasa bumi bergegar, diikuti bunyi letusan yang bergemuruh.
“Saya dan rakan-rakan sedang berehat di salah satu pusat perhentian, semasa dalam perjalanan turun dan menyediakan hidangan untuk mereka, terasa tanah bergoncang dan kemudian kami mendengar dentuman kuat,” kata pendaki berpengalaman itu, yang sudah banyak kali mendaki gunung tersebut.
Laporan berkaitan
Detik remaja diselaputi abu tebal dirakam dalam letusan Marapi Dec 5, 2023 | 4:09 PM
Mayat 11 pendaki ditemui lepas Gunung Marapi meletusDec 4, 2023 | 12:16 PM

