Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sultan Oman buat lawatan negara ke S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sultan Oman buat lawatan negara ke S’pura

Dec 13, 2023 | 07:56 PM



Sultan Oman, Sultan Haitham Tariq Al Said sedang melakukan lawatan negara ke Singapura selama tiga hari dari 13 hingga 15 Disember, atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Ini merupakan lawatan negara pertama Sultan Oman ke Singapura dan “mencerminkan penglibatan Singapura yang semakin meningkat di Timur Tengah”, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 Disember.

Kunjungan Sultan Haitham di Singapura juga merupakan lawatan negara pertama yang dihoskan Encik Tharman, yang dipilih sebagai presiden pada September.

MFA, dalam satu kenyataan media, menyatakan bahawa Sultan Haitham akan diberi upacara sambutan istiadat di Istana pada 14 Disember.

Beliau akan bertemu Encik Tharman, yang menjadi tuan rumah bagi Majlis Jamuan Negara sebagai penghormatan untuknya.

Sultan Haitham juga akan bertemu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong secara berasingan, kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, Sultan Haitham akan membuat kunjungan ke Taman Bunga Singapura, yang mana hibrid bunga orkid yang baru akan dinamakan sempena namanya.

Beliau akan turut diberikan taklimat mengenai inisiatif Negara Pintar dan Majlis Ekonomi Masa Depan Singapura, tambah kementerian itu.

MFA juga berkata bahawa Sultan Haitham ditemani oleh delegasi berperingkat tinggi Oman ketika di Singapura.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Ehwal Pertahanan, Encik Sayyid Shihab Tarik Al Said; Menteri Diwan Mahkamah Diraja, Encik Sayyid Khalid Hilal Al Busaidi; Menteri Pejabat Diraja, Encik Sultan Mohammed Al Nomani, Menteri Luar Negara, Encik Sayyid Badr Hamad Bin Hamood Al Busaidi; Ketua Pejabat Swasta, Dr Hamad Said Al Aufi; Presiden Penguasa Pelaburan Oman, Encik Abdulsalam Mohammed Al Murshidi; Menteri Perdagangan, Industri dan Promosi Pelaburan, Encik Qais Mohammed Al Yousef; dan Menteri Tenaga dan Mineral, Encik Salem Nasser Al Aufi.

Kededua negara menjalin hubungan diplomatik pada 21 Februari 1985. Oman menubuhkan Konsulat Jeneral di sini pada Mei 2011, manakala Singapura membuka Konsulat Jeneral di Muscat pada 2013.

Kededua negara telah menaik taraf Konsulat Jeneral masing-masing kepada kedutaan yang diketuai oleh seorang Chargé d’Affaire pada 1 Januari 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >