Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbangan Maliki diiktiraf universiti Amerika

Apr 18, 2024 | 4:49 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menerima Anugerah Alumni Antarabangsa bagi Pencapaian Luar Biasa Madhuri dan Jagdish N. Sheth 2023-2024 dalam satu majlis pada 18 April.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menerima Anugerah Alumni Antarabangsa bagi Pencapaian Luar Biasa Madhuri dan Jagdish N. Sheth 2023-2024 dalam satu majlis pada 18 April. - Foto MCI

Sumbangan cemerlang Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam bidang kerjayanya telah diiktiraf dalam satu majlis penyampaian Anugerah Pencapaian Antarabangsa oleh Universiti Illinois Urbana-Champaign dan Program Antarabangsa Illinois pada 18 April.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), menerima Anugerah Alumni Antarabangsa bagi Pencapaian Luar Biasa Madhuri dan Jagdish N. Sheth 2023-2024 di majlis yang berlangsung di Illinois, tengah barat Amerika Syarikat.

Anugerah tersebut mengiktiraf lepasan antarabangsa universiti itu yang sangat terbilang dalam bidang kerjaya mereka, telah membuat sumbangan cemerlang kepada pemerintah, kemanusiaan, sains, seni, atau kebajikan manusia, dan merupakan contoh kekuatan pendidikan mereka di Universiti Illinois Urbana-Champaign.

Dr Maliki memperoleh ijazah kedoktoran dalam kerja sosial beliau dari Universiti Illinois di Urbana-Champaign, Amerika Syarikat pada 1998.

Bagi meraikan pengiktirafannya itu, Dr Maliki memberi ceramah bertajuk ‘From The Margins to Mainstream: Lessons On Leadership From A Small State’ pada 18 April di mana beliau berkongsi renungan dan pengajaran daripada kerjaya cemerlangnya dalam politik di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg