Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sumbangan Puan Halimah dirai di Marsiling

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan Puan Halimah dirai di Marsiling

Dec 13, 2023 | 04:11 PM



Lebih daripada 200 anggota badan akar umbi Marsiling berkumpul dalam satu majlis jamuan pada 10 Disember untuk meraikan sumbangan mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.

Perjalanan Puan Halimah sebelum memegang jawatan presiden bermula di Marsiling di mana beliau merupakan penasihat akar umbi Marsiling-Yew Tee – jawatan yang kemudiannya disandang oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, pada 2017.

Daya usaha yang dimulakan oleh Puan Halimah seperti Kelab Heal dan cawangan perubatan Sian Chay serta pengubahsuaian Taman Marsiling terus memberi manfaat kepada ramai penduduk sehingga ke hari ini.

Dalam ucapan alu-aluan semasa majlis itu, Encik Zaqy berkata:

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Halimah atas sumbangannya kepada Singapura, dan kita semua bersyukur kerana mempunyai seorang mantan anggota Marsiling yang telah banyak berkhidmat.

“Saya pastinya bersyukur dengan keistimewaan ini untuk menyampaikan dan memperingati warisan beliau sebagai Presiden.”

Encik Zaqy turut menambah bahawa Puan Halimah akan dikenang kerana sifat keprihatinannya yang tulus, cintanya kepada orang ramai di samping sokongannya yang padu demi kesaksamaan jantina dan keterangkuman sosial.

Di samping itu, Presiden Kelab Heal, Dr Radiah Salim, turut menyampaikan penghargaannya kepada Puan Halimah.

“Beliau pemimpin penaung yang hebat untuk kelab kami.

“Beliau juga memperjuangkan kesihatan mental dan memahami isu tersebut dengan mendalam dan membantu bukan sahaja kami di Kelab Heal malah juga organisasi-organisasi lain,” ujar Dr Radiah.

Di sebalik hidangan lazat dan keceriaan majlis, acara itu juga menampilkan persembahan kumpulan yang memainkan lagu kegemaran Puan Halimah.

Encik Zaqy turut menyampaikan buku dengan ukiran potret Puan Halimah yang mengandungi ucapan selamat dan terima kasih daripada masyarakat kepada beliau.

Sambil melahirkan rasa terima kasihnya, Puan Halimah berkata:

“Saya rasa seolah-olah dibawa pulang semula ke rumah. Semasa kereta itu membelok ke dalam kelab masyarakat, ia mencetuskan pelbagai kenangan.

“Saya hanya berkhidmat selama dua tahun di sini tetapi saya berasa seolah-olah saya telah meluangkan lebih banyak waktu, bukan hanya dua tahun.

“Dan itu adalah bukti bahawa jumlah penglibatan, sokongan dan kerja yang kami lakukan bersama telah mewujudkan begitu banyak kenangan indah,” ujar Puan Halimah.

Di penghujung majlis itu, Encik Zaqy mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan jawatankuasa penganjur. Beliau menekankan bahawa kejayaan malam itu adalah hasil usaha kededua pihak bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >