Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sumbangan S’pura diharap dapat segera sampai ke Gaza: Masagos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan S’pura diharap dapat segera sampai ke Gaza: Masagos

Bantuan kemanusiaan semakin sukar ke Gaza, PBB gesa genjatan senjata untuk elak keadaan memburuk
Dec 08, 2023 | 02:45 PM



Semakin hari, semakin sukar untuk menyokong usaha kemanusiaan di Gaza.

Oleh itu, langkah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, menggunakan Artikel 99 diharap dapat membolehkan bantuan kemanusiaan termasuk sumbangan Singapura, segera disampaikan kepada orang awam di Gaza.

Demikian dikatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang menganggap langkah Encik Guterres itu “sangat penting”.

Menulis di media sosial, Encik Masagos berkata:

“Memandangkan situasi semakin sukar untuk menyokong usaha-usaha kemanusiaan di sana, Encik Antonio Guterres telah menulis kepada Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di bawah Artikel 99 menggesa agar Majlis Keselamatan segera bertindak demi mengelakkan bencana kemanusiaan dan merayu agar genjatan kemanusiaan diisytiharkan di Gaza.

“Ini adalah langkah yang sangat penting oleh Encik Guterres, kali pertama dalam tempoh penggal beliau sebagai Setiausaha Agung PBB.”

“Kami harap langkah terbaru ini akan membolehkan bantuan kemanusiaan yang mendesak, termasuk sumbangan dari Singapura, dapat disampaikan kepada penduduk awam di Gaza dengan segera,” tambahnya.

Pada 6 Disember, Encik Guterres memberi amaran rasmi kepada UNSC mengenai perang di Gaza.

Encik Guterres menggunakan Artikel 99 Piagam PBB, menonjolkan ancaman global yang ditimbulkan oleh konflik yang sedang berlaku di Gaza.

Encik Guterres, dalam suratnya kepada UNSC, menyatakan bahawa perang itu “mungkin memburukkan lagi ancaman yang sedia ada terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa”.

Beliau mengemukakan bahawa menggunakan Artikel 99 Piagam PBB adalah langkah yang penting untuk menangani krisis di Gaza.

Beliau menambah kesan terhadap rakyat Palestin mungkin tidak dapat dipulihkan, dan demi keselamatan serantau, adalah penting untuk segera mengisytiharkan gencatan kemanusiaan.

Encik Guterres menegaskan dalam suratnya bahawa tiada tempat yang selamat lagi untuk rakyat awam di Gaza.

Menurutnya, kekurangan tindakan Majlis Keselamatan yang berterusan dan kemerosotan mendadak keadaan di Gaza telah memaksa beliau menggunakan Artikel 99 buat kali pertama sejak beliau memegang jawatan tertinggi di PBB pada 2017.

Namun, langkah Encik Guterres itu tidak disambut baik duta Israel ke PBB, Encik Gilad Erdan.

“Gesaan setiausaha agung untuk gencatan senjata sebenarnya adalah seruan untuk mengekalkan pemerintahan keganasan Hamas di Gaza,” kata Encik Erdan, yang turut mengulangi gesaannya agar Encik Guterres meletak jawatan.

Tuduhan serupa diulangi Menteri Luar Israel, Encik Eli Cohen, yang menuduh Encik Guterres menyokong Hamas.

Encik Cohen turut mengatakan “pelantikan (Encik Guterres) adalah bahaya kepada keamanan dunia”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >