Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk kurang makanan apabila larikan diri ke Rafah

Dec 08, 2023 | 12:02 PM



RAFAH: Kali pertama beliau sekeluarga terpaksa berpindah daripada rumah mereka di Bandar Gaza apabila perang mula meletus pada 7 Oktober.


Cik Ola Abu Hasaballah, 35 tahun, masih teringat bagaimana beliau meninggalkan rumah bersama suaminya, bayinya, empat bulan dan anak lelakinya, lima tahun, ketika bandar itu dibom tanpa henti.

Menyifatkan malam itu sebagai malapetaka, beliau sekeluarga fikir mereka akan mendapatkan perlindungan buat sehari, mungkin dua.

Sangkaannya meleset kerana sudah hampir dua bulan sejak malam mengerikan itu, Cik Ola hidup berpindah-randah sehinggalah kali ketujuh dari Khan Younis ke Rafah di sempadan Mesir pada 4 Disember.

Beliau menyifatkan keadaan kehidupan keluarganya begitu suram – sama seperti sebilangan besar rakyat Palestin yang mencari perlindungan di Rafah atas arahan tentera Israel.

Menurut Cik Ola, letupan demi letupan di kawasan itu menyebabkan mereka diselubungi ketakutan berterusan dan lebih menyedihkan mereka sukar mendapatkan makanan untuk mengalas perut.

Ini kerana penduduk terpaksa beratur panjang dan bersesak bagi mendapatkan makanan yang cepat habis.

“Makanan dan air sangat jarang di sini,” katanya dalam mesej WhatsApp. “Saya menghabiskan sepanjang hari dengan sekeping roti kecil dan itu sahaja.”

Cik Ola dan ramai lagi penduduk terpaksa menunggu selama enam jam dalam barisan panjang untuk mendapatkan makanan yang mula diagihkan pada 7 pagi. Ramai orang yang tertidur ketika menunggu giliran mereka.

Beliau turut menghantar gambar makanan yang telah diberikan kepada keluarganya untuk makan selama tiga hari berikutnya. Satu botol plastik air, satu tin kekacang dan satu tin kecil daging dalam tin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa Rafah merupakan satu-satunya tempat di Gaza yang menerima sebarang bantuan kemanusiaan dalam tempoh hampir seminggu.

Puluhan ribu orang telah melarikan diri ke sana dalam beberapa hari kebelakangan ini dan bandar itu kini dipenuhi penduduk Palestin yang sesetengahnya terpaksa tidur di jalanan.

Selepas tamatnya gencatan senjata tujuh hari minggu lalu, tentera Israel mengarahkan orang awam di Khan Younis, tempat ramai rakyat Palestin mencari perlindungan pada awal perang, untuk bergerak lebih jauh ke selatan ke Rafah.

Cik Olah berkata serangan udara Israel tetap melanda Rafah kerana beliau mendengar bunyi letupan sejak malam 6 Disember.

“Dua anak saya masih kecil. Saya melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka sentiasa selamat,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >