Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suri rumah kongsi pengalaman hidapi penyakit Sindrom Guillain-Barré

May 30, 2025 | 4:57 PM
Cik Norhasikin Omar, dirawat di hospital selama 61 hari. Oleh sebab penyakit Sindrom Guillain-Barré (GBS) sukar didiagnos, Cik Norhasikin dan suaminya, Encik Emran Wahid hanya dapat diagnosis hampir dua bulan semasa dirawat dalam hospital.
Cik Norhasikin Omar, dirawat di hospital selama 61 hari. Oleh sebab penyakit Sindrom Guillain-Barré (GBS) sukar didiagnos, Cik Norhasikin dan suaminya, Encik Emran Wahid hanya dapat diagnosis hampir dua bulan semasa dirawat dalam hospital. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

“Saya nampak empat jari walaupun hanya satu ditunjukkan,” kongsi Cik Norhasikin Omar kepada Berita Harian (BH) mengenai detik yang menyedarkan beliau bahawa keadaan kesihatannya bukan sekadar sakit biasa.

Apa yang berlaku selepas itu merupakan perjuangannya untuk terus hidup. Selama 61 hari, suri rumah itu dirawat di hospital, termasuk dua minggu dalam keadaan mencemaskan di unit jagaan rapi (ICU).

Beliau tidak boleh berjalan, mengangkat tangan atau bertutur dengan jelas.

Hanya pada hari ke-55, barulah doktor mengesahkan bahawa beliau menghidap penyakit Sindrom Guillain-Barré (GBS), satu penyakit autoimun yang jarang berlaku.

Menurut Ketua dan Perunding Kanan, Jabatan Neurologi di Hospital Besar Changi (CGH), Dr Koh Yeow Hoay, penyakit GBS sukar dikenal pasti pada peringkat awal kerana simptomnya yang tidak spesifik dan berbeza antara pesakit – simptom awal seperti kebas, kelemahan otot, rasa mencucuk-cucuk dan sakit belakang akut adalah biasa.

Namun, Cik Norhasikin membulatkan tekad untuk kembali pulih. Beliau ingin kembali ke sisi keluarga, berjalan semula, dan memeluk anak serta cucu-cucunya.

Sempena Bulan Kesedaran GBS pada Mei, Cik Norhasikin dan suaminya, Encik Emran Wahid, berkongsi pengalaman pasangan itu menghidapi penyakit GBS.

Kini sudah hampir setahun sejak beliau mengharungi dugaan itu. Cik Norhasikin merupakan antara seorang hingga dua orang daripada setiap 100,000 orang yang dijangkiti setiap tahun, sejajar dengan statistik global, kata Dr Koh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg