Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Susah nak faham Singlish, kata pelancong Britain

Nov 21, 2023 | 7:06 PM
SUKAR FAHAM: Encik ‘Jack’ berkata bahasa Singlish yang sering digunakan warga Singapura sukar untuk difahami.
SUKAR FAHAM: Encik ‘Jack’ berkata bahasa Singlish yang sering digunakan warga Singapura sukar untuk difahami. - Foto TIKTOK/MOREJACKTHEBACKPACKER

Payah memahami bahasa ‘Singlish’ yang ditutur warga Singapura.

Demikian dinyatakan seorang pelancong warga Britain apabila beliau melawat Singapura.

Dalam video Tiktok yang dimuat naik di akaun Morejackthebackpacker pada Isnin (21 November), beliau menyatakan bahawa beliau tidak memahami sepatah perkataan apabila warga Singapura berbahasa Inggeris dengannya.

Beliau yang pernah melawat Hong Kong, Vietnam dan Thailand, menyatakan dalam video itu: “Saya penutur asli (bahas Inggeris), jadi saya tak pernah ada masalah memahami bahasa atau loghat Inggeris orang lain.

“Tetapi di Singapura, mereka mempunyai loghat yang agak pekat.”

Jack menambah bahasa Singlish mengubah struktur ayat dan membuatnya tidak dapat dikenal pasti.

“Dalam teksi semalam, pemandu tersebut menceritakan kepada saya pelbagai kisah. Saya tidak pasti apa yang beliau katakan,” ujarnya.

Video yang dimuat naik Jack sejak itu telah meraih lebih 35,000 tontonan dan lebih 200 komen.

Salah satu komen oleh warganet menyatakan bahawa loghat Inggeris Singapura, iaitu Singlish, adalah sesuatu yang unik kerana ia digunakan masyarakat di sini yang berbilang agama dan kaum.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg