Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SUTD mahu pupuk pemimpin inovasi reka bentuk, teknologi baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUTD mahu pupuk pemimpin inovasi reka bentuk, teknologi baru

Akan mulakan strategi baru,
‘SUTD Leap’,
dengan pasukan kepimpinan baru
Mar 11, 2024 | 07:38 PM



Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), iaitu universiti pertama yang menggabungkan pemikiran reka bentuk dan inovasi reka bentuk ke dalam kurikulumnya sepenuhnya sedekad lalu, akan memulakan strategi barunya, SUTD Leap.


Ia bertujuan mereka bentuk semula pendidikan tinggi dengan tumpuan lebih besar pada reka bentuk dan teknologi mendalam untuk memupuk pembaharuan teknologi dan reka bentuk dan peneraju pembaharuan ke hadapan.

Apabila SUTD ditubuhkan 15 tahun lalu, ia mengubah tanggapan tentang pendidikan universiti dengan menjadi universiti pertama di dunia yang menggabungkan seni dan sains reka bentuk dan teknologi ke dalam pendidikan antara disiplin yang holistik.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh SUTD pada 11 Mac, universiti itu sedang merancang untuk melakukannya sekali lagi dengan strategi baru yang bertujuan memacunya ke barisan hadapan ruang Design x Tech dengan mentakrifkan semula cara pendidikan dibayangkan dan diajar.


Berkuat kuasa pada 2024, semua lulusan SUTD akan diiktiraf sebagai pembaharu reka bentuk dan teknologi oleh lembaga pentauliahan luar yang diketuai oleh Dewan Perniagaan Rekaan Singapura (DBCS).

Pembaharu teknologi dan reka bentuk sangat dihargai dalam industri kerana mereka pengamal teknikal yang mempunyai pelbagai keupayaan (termasuk reka bentuk yang berpusatkan manusia, strategi perniagaan, penyelidikan, perubahan organisasi dan pembelajaran) yang boleh digunakan dalam pelbagai cabaran dan konteks.

“Kami ingin mengubah impian menjadi realiti, untuk memupuk generasi pemimpin inovasi reka bentuk dan teknologi baru. Siapa tahu? ‘Steve Jobs’ seterusnya mungkin datang daripada SUTD!” ujar Pengerusi SUTD, Encik Lee Tzu Yang.

SUTD Leap akan mewujudkan persekitaran yang menggalak reka bentuk dan penyelesaian kreatif bersama rakan kongsi industri dengan membawa dunia sebenar ke dalam kampus dan sebaliknya.


Melalui hubungan kukuh SUTD dengan sektor swasta, eksekutif tertinggi di dalam industri akan dijangka menyertai SUTD untuk mencipta kurikulum bersama dan menjadi contoh teladan yang memberi inspirasi kepada pelajar.

Sebagai tambahan, ahli akademik dan penyelidik SUTD akan ditempatkan dalam industri untuk memberi sokongan kepada projek-projek utama.

Kunci kejayaan pelaksanaan strategi baru itu ialah peralihan kepada pasukan kepimpinan baru yang memisahkan diri daripada struktur universiti konvensional, iaitu mempunyai presiden dan provos yang mengawasi trek pentadbiran dan akademik.

Di bawah struktur kepimpinan baru, Professor Phoon Kok Kwang, yang merupakan Provos SUTD, akan mengambil alih jawatan Presiden.

Beliau akan dibantu oleh Professor Tai Lee Siang, yang kini mengetuai seni bina dan reka bentuk kemampanan (ASD), dalam peranan timbalan yang baru diwujudkan, iaitu Presiden/Ketua Pegawai Inovasi dan Perusahaan (CIEO).

Carian antarabangsa juga sedang dijalankan bagi jawatan Provos/Ketua Pegawai Akademik & Inovasi (CAIO), peranan yang juga akan ditakrifkan semula sebagai sebahagian daripada SUTD Leap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >