Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

NTU labur $4j, tawar program ijazah AI baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTU labur $4j, tawar program ijazah AI baru

Feb 06, 2024 | 05:06 PM



Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menawarkan program ijazah antara disiplin baru dalam kecerdasan buatan (AI) dan etika bagi melatih pelajar memenuhi keperluan tenaga manusia dalam industri teknologi digital maklumat.

Program Ijazah Sarjana Muda Sains dalam AI dan Masyarakat itu, yang berlangsung selama empat tahun, akan bermula pada Ogos 2024 dan mempunyai seramai 60 pelajar.

Sukatan pelajaran itu akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran matematik dan pengiraan supaya mereka boleh membangunkan penyelesaian AI bermutu tinggi.

Mereka juga akan meneroka kerumitan etika AI, termasuk bagaimana ia boleh mengekalkan ketidaksamaan, berat sebelah dan maklumat salah.

Kursus itu akan membolehkan pelajar memilih beberapa elektif yang ditawarkan sekolah bukan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) di NTU, termasuk Kolej Kemanusiaan, Seni dan Sains Kemasyarakatan, serta Sekolah Perniagaan Nanyang.

Pelajar yang mendaftar dalam program itu perlu mempelajari tiga modul penting dalam etika AI dan masyarakat, serta aplikasi AI dalam dunia sebenar dengan impak sosial positif yang memenuhi matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti memastikan pendidikan inklusif dan menamatkan kemiskinan.

Graduan kursus itu boleh bekerja dalam jawatan Stem, termasuk pakar etika dan tadbir urus AI, serta saintis AI dalam pelbagai industri seperti perbankan dan penjagaan kesihatan.

Kursus itu merupakan kursus kedua NTU yang berkaitan AI.

NTU juga menawarkan program ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Data dan Kecerdasan Buatan (DSAI) yang dilancarkan pada Ogos 2018.

NTU akan melabur $4 juta dalam pendidikan dan penyelidikan AI pada 2024, kata presiden NTU, Profesor Ho Teck Hua.

Universiti itu juga akan meningkatkan bilangan ahli fakulti di Sekolah Sains Komputer dan Kejuruteraan daripada 90 ke 150 dalam tempoh lima tahun.

Dengan perkembangan AI, terdapat keperluan untuk universiti kekal di hadapan dengan menjangka trend sejagat bagi menyediakan pelajar untuk tenaga kerja, kata Profesor Ho.

“Oleh kerana kami adalah universiti teknologi, kami mahu sentiasa mendahului keluk teknologi,” tambahnya.

Universiti lain di Singapura yang menawarkan kursus AI termasuk Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Institut Pengurusan Singapura (SIM) melalui Universiti London.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >