Kini, anda boleh bercuti dengan tenang bersama perkhidmatan, POS TKI Travel & Tours, yang menyediakan pakej pelancongan kesejahteraan bersepadu kepada pelanggannya.
Menurut Pengarah POS TKI Travel, Encik Mohamed Anwar Tahar, syarikatnya mengambil berat tentang keperluan kesihatan pelanggan supaya mereka dapat menikmati percutian tanpa sebarang kerisauan.
“Sebagai penyedia khidmat pelancongan, kami memandang serius tentang isu kesihatan sepanjang perjalanan pelanggan bagi memastikan ketenangan fikiran buat setiap ahli keluarga atau peserta lawatan yang menyertai kami,” jelas Encik Anwar.
Baru dilancarkan pada 2024, POS TKI Travel, yang juga merupakan anak syarikat di bawah naungan POS TKI Logistics Pte Ltd, memastikan pelanggannya mendapat manfaat daripada pakej yang dipilih, termasuk bagi isu kesihatan.
Dengan POS TKI Travel, pelanggan memperolehi kit perubatan bagi mereka yang mengalami isu kesihatan seperti demam, sakit tekak, selesema dan cirit-birit.
Pakej tersebut turut meliputi pemberian vaksin kepada pelanggan yang didaftarkan semasa sesi taklimat (bagi destinasi terpilih sahaja).
Lebih istimewa, syarikat ini menyediakan kemudahan teleperubatan, iaitu satu perkhidmatan doktor dalam talian, khas untuk peserta lawatan yang kurang sihat sewaktu perjalanan.
“Walaupun penubuhan anak syarikat ini agak baru, sukacita kami ingin memaklumkan bahawa mungkin kami ialah syarikat pelancongan pertama yang bekerjasama dengan entiti perubatan kesihatan luar untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada bakal pelanggan kami,” jelas Encik Anwar.
Menyedari trend pasangan muda yang gemar ke tanah suci untuk berbulan madu, pihak syarikat telah menambah sentuhan peribadi ke dalam pakej-pakej ini dengan menawarkan sesi fotografi pascaumrah percuma kepada pengantin baru.
Pelanggan yang memilih pakej bulan madu dan ulang tahun ke destinasi lain juga turut berpeluang mendapatkan khidmat fotografi secara percuma.
Bagi khidmat fotografi, firma ini menggunakan kepakaran Cik Fatimah Mohsin daripada syarikat tatarias terkenal di Singapura, The Wedding Gallery, dan turut mendapat kerjasama HMP Studio.
“Kami mengatur pakej dan perkhidmatan pelancongan istimewa, yang mungkin tidak dilakukan oleh mana-mana syarikat lain seperti penyediaan dari segi perubatan dan fotografi percuma,” tambah Encik Anwar.
Kunjungi pejabat POS TKI Travel & Tours Pte Ltd di No. 1 Kaki Bukit Road, #03-50, Singapura 415934.
WhatsApp ke talian 8082-0098 atau hubungi talian pejabat 6547-1002 untuk maklumat lanjut.
Maklumat terkini juga boleh diperolehi melalui laman media sosial Facebook@POS TKI Travel & Tours dan @Instagram@POS TKI Travel & Tours Pte Ltd.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg