Tiga syarikat di bawah MES Group dan empat mantan pengarah syarikat-syarikat tersebut disabit kesalahan membuat tuntutan gaji dan pengisytiharan permohonan pas pekerja palsu, menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis.
Mereka juga menghadapi tuduhan mengambil pekerja asing tanpa pas pekerja yang sah serta membuat pekerja bekerja lembur lebih dari tempoh 72 jam yang ditetapkan di bawah EA.
Tiga syarikat itu terdiri daripada Mini Environment Service Pte Ltd, Labourtel Management Corporation Pte Ltd dan MES Logistics Pte Ltd – kesemuanya merupakan sebahagian daripada syarikat huraian logistik MES Group.
Empat pengarah yang terlibat adalah Mohamed Jinna Mohamed Abdul Jaleel, Parvis Ahmed Mohamed Ghouse, Haja Nawaz dan Chew Chain Loon.
Secara keseluruhan, tiga syarikat tersebut dikenakan denda sebanyak $575,500.
Pengarah Mini Environment Service, Labourtel dan MES Logistics, Mohamed Jinna, dikenakan hukuman penjara 42 minggu dan denda sebanyak $48,000, manakala seorang lagi pengarah tiga syarikat itu, Parvis, dikenakan hukuman penjara 35 minggu dan denda sebanyak $42,500.
Haja, pengarah Labourtel, dikenakan hukuman penjara empat bulan dua minggu.
Pengarah MES Logistics dan Mini Environment Service, Chew, dikenakan hukuman penjara empat bulan.
Sejak kesalahan tersebut diketengahkan, syarikat-syarikat serta empat individu itu telah dilarang mengambil warga asing bekerja, menurut kenyataan MOM.
Ia juga menyatakan bahawa berdasarkan sabit kesalahan tersebut, ia membuat penilaian bahawa kelayakan Labourtel sebagai pengendali berlesen di bawah Akta Dormitori Pekerja Asing (Feda) terjejas.
“MOM kini berhubung dengan pihak relevan untuk mengalihkan pengendalian dormitori kepada syarikat lain dalam tempoh munasabah dan dengan tidak menjejas teruk penghuni asrama dan majikan,” menurut kenyataan itu.
“
“MOM kini berhubung dengan pihak relevan untuk mengalihkan pengendalian dormitori kepada syarikat lain dalam tempoh munasabah dan dengan tidak menjejas teruk penghuni asrama dan majikan.”

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg