Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat S’pura dan pengarahnya didakwa miliki lebih $2.2j hasil jenayah

Aug 28, 2023 | 5:39 PM
DIDAKWA: Sebuah syarikat Singapura dan pengarahnya hadapi tuduhan memiliki lebih $2.2 juta hasil jenayah di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah).
DIDAKWA: Sebuah syarikat Singapura dan pengarahnya hadapi tuduhan memiliki lebih $2.2 juta hasil jenayah di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah). - Foto fail

Sebuah syarikat Singapura yang berkecimpung dalam beberapa kegiatan berlainan serta pengarahnya didakwa memiliki lebih $2.2 juta dikatakan daripada hasil jenayah hanya lima bulan selepas penubuhannya.

Ambite, yang ditubuhkan pada 3 Februari 2021, didakwa pada Isnin, dengan satu tuduhan kesalahan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah).

Ia dituduh mempunyai AS$1,676,087.29 ($2.27 juta) dalam akaun banknya pada 29 Julai 2021 – jumlah yang menurut dokumen mahkamah, mungkin disyaki secara munasabah sebagai hasil daripada perbuatan jenayah.

Syarikat itu, yang terlibat dalam pengurusan projek dan perdagangan borong pelbagai barangan, menurut rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), juga didakwa gagal memberi penjelasan memuaskan tentang bagaimana ia boleh memperoleh jumlah wang tersebut.

Selain berdepan pertuduhan atas dakwaan kesalahan yang berlaku, pengarah Ambite, Alson Tong Shao Tian, 35 tahun, turut menghadapi lima pertuduhan lain, lapor The Straits Times.

Dia didakwa gagal menjalankan ketekunan yang munasabah dalam melaksanakan tugasnya sebagai pengarah dengan tidak menyelia urus niaga dalam akaun bank syarikat itu dari 11 Mei hingga 29 Julai 2021.

Antara 18 Ogos dengan 24 Ogos 2021, dia juga didakwa dengan sengaja menghalang urusan keadilan dengan memadamkan mesej dalam WhatsApp antara dirinya dengan Kuznetsov Pavel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg