Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Syarikat Switzerland Glencore dikatakan tinjau beli aset Shell S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat Switzerland Glencore dikatakan tinjau beli aset Shell S’pura

Feb 28, 2024 | 07:56 PM



Syarikat pelombong dan komoditi Switzerland, Glencore, dikatakan sedang meninjau untuk membeli unit penapisan minyak dan petrokimia Shell di Singapura, sedang syarikat minyak itu mencari pembeli selepas pihak berminat sebelum ini menarik diri, menurut beberapa sumber industri dan perdagangan.

Glencore sedang bekerjasama dengan Chandra Asri Petrochemical Indonesia untuk menilai aset tersebut, menurut dua sumber itu.

Aset itu termasuk kilang penapisan yang berupaya memproses 237,000 tong sehari (bpd) minyak dan loji etilena satu juta metrik tan setahun di Pulau Bukom serta loji yang menghasilkan mono-etilena glikol di Pulau Jurong.

Membeli aset Bukom dan Jurong akan memberi Glencore kedudukan fizikal bagi perdagangannya di hab minyak utama Asia.

Bagaimanapun, tapak semakin tua itu menghadapi kesulitan menjana wang, terutamanya untuk petrokimia, dan menghadapi persaingan daripada kilang penapisan lebih baru di China dan tempat lain.

Bank pelaburan Morgan Stanley sedang bekerjasama dengan Glencore mengenai perjanjian yang berpotensi itu, menurut dua sumber yang tahu mengenai perkara tersebut.

Reuters melaporkan pada Disember bahawa Shell menyenarai pendek sekurang-kurangnya empat syarikat, termasuk China National Offshore Oil Corp (CNOOC) yang dikendalikan pemerintah; peniaga tenaga sejagat terkemuka Vitol; dan dua syarikat kimia swasta China, Eversun Holdings dan Befar Group, untuk mengemukakan bidaan rasmi, menjelang akhir Februari.


CNOOC dan Befar telah menarik diri, kata beberapa sumber.

Glencore telah menunjukkan minat terhadap aset itu sejak awal proses, menurut enam sumber, termasuk eksekutif perdagangan yang rapat dengan firma tersebut.

Satu-satunya aset penapisannya ialah kemudahan 100,000 bpd di Cape Town, yang merupakan kilang penapisan ketiga terbesar di Afrika Selatan. Ia juga memiliki kilang pelincir di Durban, juga di Afrika Selatan.

Kos operasi yang tinggi di kemudahan Shell serta tagihan cukai karbon yang bakal dilaksana adalah penghalang kepada bakal pembeli, kata sumber.

Kilang Bukom adalah kilang penapisan pertama Singapura apabila ia dibuka pada 1961 dan pernah menjadi kompleks petrokimia penapisan terbesar syarikat itu di seluruh dunia.

CNOOC, yang mempunyai perkongsian lama dengan Shell di China, menghentikan bidaan berpotensinya sekitar akhir Disember, berhenti mengambil penasihat kewangan, selepas perbincangan dengan beberapa bank pelaburan sejagat, menurut dua orang yang mengetahui perkara itu.

CNOOC, yang mempunyai portfolio penapisan terkecil antara tiga syarikat minyak utama China, tidak mempunyai pengalaman memperoleh aset hiliran di luar China. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >