Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permintaan minyak 2024 dijangka lebih perlahan

Aug 11, 2023 | 6:30 PM
IMPLIKASI: IEA beri amaran bahawa inventori global boleh menyusut secara mendadak sepanjang 2023 berpotensi mendorong harga lebih tinggi.
IMPLIKASI: IEA beri amaran bahawa inventori global boleh menyusut secara mendadak sepanjang 2023 berpotensi mendorong harga lebih tinggi. - Foto AFP

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangka pertumbuhan permintaan minyak pada tahun depan akan lebih perlahan daripada yang diramalkan sebelum ini kerana keadaan makroekonomi, pemulihan selepas pandemik yang kian lembap dan penggunaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat.

Pertumbuhan diramal perlahan kepada satu juta tong sehari (BPD) pada 2024 – turun sebanyak 150,000 tong sehari daripada ramalan sebelum ini, menurut IEA dalam laporan bulanan bagi Ogos.

“Prospek ekonomi global terus mencabar sedang ia menghadapi kadar faedah yang melambung dan kredit bank yang lebih ketat, menghimpit perniagaan yang mengalami pengilangan dan perdagangan yang lembap,” kata IEA yang berpangkalan di Paris pada Jumaat.

Bekalan yang lebih ketat telah menyokong kenaikan harga minyak, dengan perdagangan minyak mentah Brent berjumlah melebihi AS$88 ($117) setong pada Khamis, jumlah paling tinggi sejak Januari 2023, dan berpotensi mendorong harga lebih tinggi.

Pada 2023, permintaan minyak sedunia dikatakan bakal berkembang sebanyak 2.2 juta tong sehari, dirangsang oleh penerbangan yang meningkat semasa musim panas, peningkatan penggunaan minyak dalam penjanaan kuasa dan peningkatan kegiatan petrokimia China.

Ramalan itu tidak banyak berubah daripada jangkaan IEA sebelum ini.

Permintaan minyak diramal mencapai secara purata 102.2 juta tong sehari tahun ini, dengan China menyumbang kepada lebih 70 peratus pertumbuhan walaupun ada keprihatinan tentang kesihatan ekonomi China, pengimport minyak utama di dunia.

Permintaan minyak mencapai rekod 103 juta tong sehari pada Jun. Menurut IEA, permintaan minyak boleh memuncak sekali lagi pada Ogos.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), dalam ramalan bulanannya pada Khamis, mengulangi ramalan permintaan minyak tahunan, menjangka peningkatan kepada 2.25 juta tong sehari pada 2024, berbanding pertumbuhan 2.44 juta tong sehari pada 2023. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg