Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Syarikat tersenarai di SGX perlu sedia laporan iklim bermula FY2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat tersenarai di SGX perlu sedia laporan iklim bermula FY2025

Feb 28, 2024 | 07:12 PM



Semua syarikat yang tersenarai di Bursa Singapura (SGX) perlu menyiapkan laporan iklim, berdasarkan piawaian pelaporan tempatan yang telah ditetapkan mulai Tahun Kewangan (FY) 2025, kata Menteri Kedua Kewangan merangkap Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Semasa berucap dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Kewangan (MOF) pada 28 Februari, beliau menjelaskan laporan iklim sedemikian akan diperkenalkan secara berkala – bermula dengan syarikat tersenarai dan kemudiannya syarikat tidak tersenarai yang besar.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab kepada pertanyaan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) berkenaan bantuan bagi syarikat terhadap peralihan ke arah amalan hijau.

Menurutnya, langkah tersebut dibuat berikutan maklum balas awam yang diberikan kepada Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) pada 2023, susulan cadangan Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (SRAC) berkenaan pelan hala tuju bagi pelaporan iklim oleh syarikat di sini.

Encik Chee menjelaskan pendekatan ini serupa dengan apa yang dilakukan negara lain seperti New Zealand dan Britain – ia merupakan keperluan mandatori bagi kededua syarikat tersenarai dan bukan tersenarai.

Beliau akur beberapa syarikat mungkin telah memulakan pelaporan iklim menggunakan piawaian dan rangka kerja berbeza “untuk memenuhi keperluan maklumat pelabur dan keperluan bidang kuasa yang mana syarikat ini melaksanakan operasi”.

Oleh demikian, Acra akan memberikan tempoh peralihan selama tiga tahun.

Sepanjang tempoh ini, syarikat sedemikian akan dikecualikan daripada keperluan baru ini sekiranya ia “menggunakan piawaian dan rangka kerja yang diiktiraf secara global” yang berbeza.

Selain daripada keperluan yang ditetapkan terhadap syarikat tersenarai mulai FY2025, beliau mengumumkan bahawa keperluan tersebut juga akan ditetapkan kepada syarikat bukan tersenarai – dengan pendapatan tahunan sekurang-kurangnya $1 bilion dan aset keseluruhan bernilai sekurang-kurangnya $500 juta – mulai FY2027.

“Acra akan menyemak pada 2027 sama ada untuk melanjutkan keperluan (ini) kepada syarikat bukan tersenarai yang lebih kecil.

“Kami belum membuat (apa-apa) keputusan berkenaan hal ini. Acra akan memberikan tempoh notis secukupnya kepada syarikat sedemikian sebelum memperkenalkan sebarang keperluan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memberi penekanan bahawa MOF akan terus mempermudahkan cara untuk melaksanakan perniagaan dengan pemerintah sebagai menjawab pertanyaan Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon) dan Encik Edward Chia (GRC Holland-Bukit Timah).

Encik Goh dan Encik Chia mengajukan soalan berkenaan bagaimana MOF memudahkan proses perniagaan menjalankan transaksi dengan pemerintah.

Encik Chee mengetengahkan beberapa wadah utama – antaranya Tender Lite, GeBIZ Supplier File Repository, eGuarantee@Gov dan One-Stop Payroll.


Berkenaan Tender Lite, beliau menyatakan ia merupakan hasil kerjasama antara Persatuan Syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana (ASME), Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan MOF.


Bakal dilancarkan pada April, barangan dan perkhidmatan umum dengan nilai tender sehingga $1 juta di bawah wadah utama itu akan tertakluk pada syarat pemerolehan lebih mudah.

“Lebih kurang 90 peratus daripada kontrak pemerintah akan tertakluk pada syarat pemerolehan lebih mudah, yang akan memanfaatkan syarikat kecil dan sederhana (SME) kita,” ujar Encik Chee.

Beliau turut menyentuh tentang pelaksanaan eGuarantee@Gov, bertujuan untuk memudahkan perniagaan dan individu memberi jaminan kepada agensi pemerintah.


Sejak dilancarkan pada 2022, institusi kewangan dan agensi pemerintah yang terlibat dalam wadah utama ini telah meningkat tiga kali ganda – 60 institusi kewangan dan 45 agensi pemerintah setakat ini.

“Lebih 120,000 eGuarantees telah dikeluarkan sejauh ini dan eGuarantee@Gov dijangka membawa kos penjimatan tahunan sekitar $600,000 bagi perniagaan, institusi kewangan dan agensi pemerintah,” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >