Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tak serik hisap rokok dilarang...

Oct 12, 2022 | 5:30 AM
JALANKAN PEMERIKSAAN: Pegawai Kastam yang berpakaian preman memeriksa seorang individu di bawah jejambat lalu lintas Pasar Geylang Serai pada Sabtu lalu. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
JALANKAN PEMERIKSAAN: Pegawai Kastam yang berpakaian preman memeriksa seorang individu di bawah jejambat lalu lintas Pasar Geylang Serai pada Sabtu lalu. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

SEDANG orang lain sibuk berbelanja di kawasan Pasar Geylang Serai Sabtu lalu, beberapa pegawai Kastam Singapura pula sibuk memerhati beberapa individu yang sedang berteduh sambil merokok di bawah jejambat lalu lintas di luar pasar itu.

Dengan berpakaian preman, pegawai kastam itu, yang menjalankan operasi penguatkuasaan di Geylang dan Chinatown, tiba-tiba terhidu 'jenis bau' ataupun tampilan batang rokok yang bukan seperti rokok sah di Singapura.

Apabila didekati beberapa perokok yang sedang berteduh di bawah jejambat Geylang Serai itu, mereka didapati menghisap dan memiliki rokok yang tidak dibayar cukai.

Bukan sahaja itu, ada juga yang mempunyai rekod melakukan kesalahan tersebut sebelum ini.

Demikian diperhatikan media apabila wartawan turut diundang melihat operasi yang dijalankan Kastam Singapura pada 8 Oktober lalu dari 12 tengah hari hingga sekitar 5 petang.

Operasi itu menyaksikan seramai 33 lelaki berumur antara 32 dengan 70 tahun didapati merokok dan memiliki rokok haram.

Antara mereka, dua individu diberi surat amaran, 25 orang didenda manakala lagi enam pula disiasat.

Salah seorang pesalah di Geylang Serai yang ditangkap memiliki rokok haram buatan Indonesia berkata dia menyesal dengan perbuatannya itu kerana mendakwa sedang berusaha mengurangkan tabiat merokok.

Keadaan bertambah rumit apabila pegawai mendapati lelaki itu mempunyai rekod kesalahan serupa tahun lalu menerusi kemudahan data dalam iPad yang dibawa.

Pesalah, seorang pegawai keselamatan, terkejut apabila dikenakan denda $800 atas kesalahan kedua - jumlah yang hampir separuh pendapatannya setiap bulan.

Sementara itu, seorang lagi yang didapati memiliki rokok haram bertindak secara ganas terhadap jurugambar media manakala seorang lagi turut didapati mempunyai rekod elak daripada membayar saman berjumlah $1,000 bagi kesalahan serupa dahulu.

Namun operasi itu tidak berhenti begitu sahaja.

Daripada menjalankan operasi di Geylang sebagai pusatnya, pegawai Kastam turut meluaskan operasi dengan melakukan siasatan di flat pesalah yang mengakui menyorok rokok yang dilarang di rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg