Taman Warisan Melayu tubuh unit penyelidikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman Warisan Melayu tubuh unit penyelidikan

MHC akan juga lancar program perkasa penggiat Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH)
Mar 5, 2026 | 3:10 PM

Taman Warisan Melayu tubuh unit penyelidikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Taman Warisan Melayu, Malay Heritage Centre
Taman Warisan Melayu (MHC) akan dibuka semula pada 25 April dan menganjurkan Festival Pembukaan Semula bertajuk ‘Pesta Pecah Panggung – Melangkaui Sempadan’ selama sembilan hari dari 25 April hingga 3 Mei. - Foto MHC

Taman Warisan Melayu (MHC), yang bakal dibuka semula pada April, akan menubuhkan unit penyelidikan untuk membina badan ilmu dan repositori mengenai budaya dan warisan Melayu Singapura.

Ini adalah sebahagian usaha mengukuhkan dirinya sebagai peneraju pemikiran utama mengenai budaya dan warisan Melayu di Singapura dan rantau ini, umum Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Berucap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) mengenai ehwal masyarakat Islam di Parlimen pada 5 Mac, Dr Faishal berkata unit penyelidikan ini akan bekerjasama dengan panel penasihat ahli akademik dan sumber yang dipengerusikan oleh Pengerusi Yayasan Warisan Melayu, Dr Norshahril Saat.

“Unit ini akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mengenal pasti bidang tumpuan dan menyokong penyelidikan jangka panjang, oleh ahli akademik dan kumpulan masyarakat.

“Melalui usaha ini, kami akan memastikan naratif budaya kami bukan sahaja dipelihara, malah dikaji secara aktif, difahami dan dikongsi dengan generasi akan datang,” kata Dr Faishal.

Semasa ucapannya, Dr Faishal juga mengumumkan MHC akan melancarkan Program Memperkasa Penggiat Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH), yang menghubungkan pengamal berpengalaman dengan penggiat muda sepanjang program berstruktur selama 10 minggu.

Di bawah program ini, pengamal akan melalui kurikulum berstruktur untuk memupuk generasi pengamal ICH seterusnya, memperkukuh laluan untuk kesinambungan budaya dalam masyarakat Melayu.

“Inisiatif ini merangkumi komitmen kami memastikan pengetahuan dan kemahiran budaya diturunkan dengan lancar dari satu generasi ke generasi seterusnya.

“Kemuncaknya ialah pameran melalui MHC yang mana para menti (anak didik yang dibimbing mentor) dapat menunjukkan kepakaran mereka yang baru diperolehi dan menyumbang perspektif baru kepada tradisi lama,” kata Dr Faishal.

Menurut MHC, program rintis sulung ini sedang dijalankan pada 2026 dan memberi tumpuan kepada kraf penceritaan melalui Penglipur Lara – asas amalan budaya Melayu yang telah mewariskan cerita rakyat, pengajaran moral dan nilai-nilai masyarakat merentasi generasi.

Di bawah bimbingan mentor, Cik Jumaini Ariff (Nek Selampit) dan Cik Nadya Hashim (Pari Pencerita), 10 pencerita baru akan berpeluang menyertai bengkel yang diketuai pakar dan menerima bimbingan peribadi.

MHC juga akan dibuka semula bagi orang awam pada 25 April dan menganjurkan Festival Pembukaan Semula bertajuk Pesta Pecah Panggung – Melangkaui Sempadan selama sembilan hari dari 25 April hingga 3 Mei.

Menampilkan lebih 50 program oleh lebih 60 rakan kongsi, pembukaan ini juga merupakan inisiatif utama pertama bagi MHC sejak penutupan sementaranya.

Selain festival pembukaan semula yang akan datang, MHC juga akan memperkenalkan tawaran yang diperluas, merangkumi tiga acara istimewa tahunan baru.

Ia adalah Festival Kampong Gelam, Pesta Cilik Celik dan Festival Teroka Nusantara.

“MHC yang dihidupkan semula akan mempunyai misi yang diperluas, yang melangkaui peranan tradisionalnya, sebagai tempat penyimpanan artifak dan pameran.

“Ia akan menjadi hab yang meriah, yang menawarkan pelbagai program seperti festival untuk kanak-kanak dan belia, tayangan filem berkala dan pameran yang didorong oleh masyarakat untuk membawa pembangunan budaya dan penetapan tempat Kampong Gelam ke peringkat seterusnya,” kata Dr Faishal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg