Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tambang MRT, bas penumpang dewasa naik 10 sen mulai 28 Dis

Tambang konsesi naik 4 sen; baucar pengangkutan awam bernilai $60 bagi isi rumah berpendapatan rendah
Dec 27, 2024 | 12:28 PM
Perubahan tambang itu  sebahagian daripada penyesuaian tambang tahunan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) bagi 2024.
Perubahan tambang itu sebahagian daripada penyesuaian tambang tahunan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) bagi 2024. - Foto ST

Tambang kereta api dan bas bagi orang dewasa akan naik 10 sen bagi setiap perjalanan mulai 28 Disember.

Ini menyusuli kenaikan tambang pengangkutan awam sebanyak 6 peratus sebagai sebahagian daripada langkah penyesuaian tambang tahunan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) bagi 2024, yang diumumkan pada 9 September.

Tambang konsesi warga emas, pelajar, golongan kurang upaya dan pekerja bergaji rendah pula akan naik 4 sen bagi setiap perjalanan.

Penumpang perlu membayar tambahan itu jika mereka membuat pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit, atau kad tambang. 

Penumpang yang membuat pembayaran secara tunai di bas tidak dikenakan kenaikan itu.

Harga pas perjalanan bulanan dewasa dan pas konsesi bulanan juga tidak akan naik.

PTC, yang mengawal selia khidmat pembayaran tambang dan tiket, menjelaskan penyesuaian tambang 6 peratus pada 2024 itu didorong perkembangan inflasi teras dan gaji pada 2023.

Namun, ia disederhanakan sebahagiannya oleh penurunan harga tenaga daripada harga puncaknya pada 2022.

Penyesuaian tambang itu mempertimbangkan kos sara hidup rakyat Singapura, justeru kenaikan itu tidak dilakukan secara keseluruhan bagi “mengurangkan beban penumpang daripada kenaikan tambang penuh”, kata PTC.

Menurut PTC, kenaikan 6 peratus itu adalah sekitar sepertiga lebih rendah daripada 18.9 peratus kenaikan yang dibenarkan bagi 2024.

Baki 12.9 peratus, setelah menolak 6 peratus daripada 18.9 peratus kenaikan yang dibenarkan, akan ditangguhkan dan dibawa ke semakan tambang masa hadapan, lapor The Straits Times (ST).

Bagi meringankan beban kenaikan tambang, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA) berkata pemerintah akan menyediakan baucar pengangkutan awam bernilai $60 setiap satu kepada isi rumah penduduk berpendapatan rendah, iaitu yang berpendapatan bulanan hingga $1,800 setiap orang.

Di samping itu, PTC berkata pelajar tamat pengajian yang melanjutkan pendidikan ke peringkat seterusnya atau memasuki dunia pekerjaan akan dibenarkan terus membayar tambang konsesi pelajar di bas dan kereta api awam empat bulan selepas tamat pengajian. 

Ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 75,000 pelajar setiap tahun, menurut PTC.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg