Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teleperubatan percuma untuk pesakit Covid-19 dihenti mulai 11 Sep

Sep 7, 2023 | 4:52 PM
TELEPERUBATAN: Walaupun perkhidmatan teleperubatan percuma diberhentikan, pesakit Covid-19 boleh berunding dengan doktor secara peribadi atau memilih penyedia khidmat teleperubatan melalui laman web FluGoWhere.
TELEPERUBATAN: Walaupun perkhidmatan teleperubatan percuma diberhentikan, pesakit Covid-19 boleh berunding dengan doktor secara peribadi atau memilih penyedia khidmat teleperubatan melalui laman web FluGoWhere. - Foto fail

Perkhidmatan teleperubatan percuma untuk semua pesakit Covid-19 akan ditamatkan mulai 11 September, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, MOH mengatakan pesakit yang dirujuk pada atau sebelum 10 September 2023 akan terus menerima teleperubatan secara percuma selama 14 hari dari tarikh rujukan.

“Pada masa ini, pesakit yang mempunyai risiko Covid-19 lebih tinggi, termasuk mereka yang mengalami komorbiditi atau mempunyai sistem imun lemah, boleh dirujuk oleh doktor mereka untuk mendapatkan teleperubatan percuma,” kata MOH.

Ini telah dilaksanakan sejak Februari 2023 untuk mengurangkan beban Jabatan Kecemasan (ED) hospital.

Komorbiditi merujuk pada keadaan seseorang menghadapi dua atau lebih penyakit serentak dan ia mungkin berkaitan atau kaitannya belum jelas.

Sepanjang tiga bulan lalu, secara purata sekitar 50 pesakit Covid-19 setiap bulan menerima teleperubatan percuma, tanpa sebarang peningkatan dalam beban kerja ED kerana keadaan pesakit secara amnya tidak serius.

Justeru, pemberhentian perkhidmatan teleperubatan percuma tidak akan memberi kesan ketara ke atas kapasiti ED hospital di Singapura, ujar MOH.

Pesakit diuji positif Covid-19 yang ingin mendapatkan bantuan perubatan boleh berunding dengan doktor secara peribadi atau memilih penyedia perkhidmatan teleperubatan melalui laman web FluGoWhere (https://flu.gowhere.gov.sg/).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg