Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Telus lagi terjamin buat tempahan haiwan melalui SalamSG Korban

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORBAN DI MASJID SETEMPAT

Telus lagi terjamin buat tempahan haiwan melalui SalamSG Korban

Tempahan dibuka tiga minggu lebih awal pada 24 Mac; tempoh dilanjut lebih 10 minggu dengan sasaran 6,000 tempahan
Apr 05, 2024 | 05:30 AM



Bakal sohibul korban, atau mereka yang ingin melakukan ibadah korban, mempunyai lebih banyak masa serta lebih banyak pilihan pada 2024.


Ini kerana buat julung-julung kalinya, SalamSG Korban (SSGK) telah membuka pendaftaran bagi tempahan haiwan bagi ibadah korban tiga minggu lebih awal – sejak 24 Mac – berbanding tahun sebelumnya.

Ini bermakna orang ramai boleh membuat tempahan dalam bulan Ramadan, tidak seperti biasanya apabila ia dibuka pada minggu kedua Syawal.

Menurut Pengerusi SalamSG Korban, Encik Mohd Khalid Mohd Lani, perancangan yang lebih baik pada 2024 membolehkan SSGK membuka pendaftaran lebih awal, sekali gus memberi lebih banyak masa bagi sohibul korban membuat keputusan berhubung korban mereka.


Masa yang lebih awal itu juga membolehkan penyertaan lebih ramai anggota jemaah dan masyarakat menyertai ibadah korban 2024.

“Antara maklum balas yang diterima SSGK pada tahun lalu (2023) ialah kesuntukan masa bagi menguruskan proses pentadbiran antara masjid, vendor dan syarikat penyembelihan di luar Singapura.

Sohibul korban juga memberi maklum balas bahawa masa yang diberikan agak suntuk.


“Dengan meluaskan lagi tempoh tempahan, ini mampu memberi lebih banyak masa kepada semua pihak menguruskan dan mendapatkan khidmat korban,” jelas Encik Mohd Khalid.

Kali ini, SSGK menawarkan kambing bebiri, kambing bebiri muda dan lembu – dianggarkan sekitar 4,400 kambing bebiri, lebih 1,600 bebiri muda dan sekitar 560 bahagian lembu atau 80 ekor lembu – berbanding hanya kambing bebiri sahaja pada 2023.

“Tawaran haiwan korban yang lebih rencam pada tahun ini (2024) adalah hasil maklum balas sohibul korban yang inginkan kepelbagaian dari segi jenis haiwan korban yang disediakan untuk mereka.


“Ini juga bagi memenuhi cita rasa mereka yang lebih pelbagai dan sekali gus membolehkan lebih ramai jemaah memilih masjid-masjid sebagai pilihan utama mereka untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini (2024),” kata Encik Mohd Khalid.

Lantaran itu, dengan tempoh tempahan yang dilanjutkan melebihi 10 minggu, SSGK menyasarkan untuk mencapai 6,000 tempahan.

Jangkaan itu berdasarkan anggaran SSGK bahawa korban pada 2024 bakal disokong dengan adanya pengenalan haiwan korban yang lebih pelbagai seperti bebiri muda dan lembu.

Pada 2023, SSGK menerima lebih 5,200 tempahan menerusi 52 masjid dalam tempoh enam hingga tujuh minggu tempahan dibuka.

Memilih SSGK membolehkan bakal sohibul korban berasa tenteram, mengetahui bahawa daging korban mereka yang didermakan akan diagihkan kepada lebih 6,000 keluarga penerima zakat dan golongan kurang bernasib baik, badan-badan Melayu/Islam, golongan pekerja migran serta masyarakat am yang memerlukan.


Lebih 50 masjid yang menawarkan khidmat itu pada 2024 juga berpeluang mendekati jemaah dan masyarakat dengan lebih dekat semasa proses pengagihan daging korban.

Ini membolehkan masjid berkenaan mengenal pasti keperluan lain golongan tersebut.

Dalam pada itu, sebahagian daripada tanggungjawab SSGK kepada sohibul korban ialah untuk memastikan agar pengendali melaksanakan tugas seperti yang tertera di dalam kontrak dengan sebaik mungkin, di samping memastikan syarat korban dilakukan mengikut syariah.


Bagi tujuan itu, SSGK menghantar beberapa anggotanya ke pusat penyembelihan di Australia bagi memastikan proses penyembelihan dilaksanakan dengan betul, telus dan mematuhi syariah.

“SSGK percaya semua vendor yang dilantik bertanggungjawab memastikan semua proses, bermula daripada pemotongan, pembungkusan sehingga penghantaran kepada penerimaan daging korban, dilakukan dengan selamat, bersih dan mematuhi piawaian yang ditetapkan agensi yang berkuasa,” tambah Encik Mohd Khalid.

Beliau menambah, selain memastikan sohibul korban menerima daging korban yang telah ditempah, satu lagi matlamat utama SSGK ialah mengagihkan daging korban yang didermakan sohibul korban kepada golongan yang memerlukan dalam usaha SSGK memperluaskan keihsanan masyarakat kepada semua orang.


Bagi memudahkan bakal sohibul korban membuat tempahan haiwan korban, SSGK telah menerapkan kaedah pendigitalan seperti portal sehenti bagi kesemua masjid yang mengambil bahagian, kaedah pembayaran digital, dan langkah pemasaran yang lebih bersepadu dan terpusat (centralized).


Menerusi kaedah itu, pihak masjid tidak perlu mengerahkan banyak sumber dan boleh memberikan tumpuan kepada hal ehwal dan keperluan anggota jemaah bagi memberikan khidmat yang lebih menyeluruh.

Justeru, SSGK menyarankan agar sohibul korban dapat membuat tempahan awal di portal korban.ourmasjid.sg. Tempahan dibuka sehingga 8 Jun 2024, selagi bekalan masih ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >