Dalam iklim Singapura, ramai yang mungkin fikir mustahil untuk menghasilkan buah-buahan sendiri.
Namun, ‘tukang kebun’ di bandar Singapura, Encik Muhd Irwanshah membuktikan tanggapan ini salah kerana beliau telah berjaya membuahkan tembikai batu di koridor flat HDBnya.
Tembikai batu itu seberat 1.22 kilogram dan rasanya “manis sederhana”.
Beliau berkongsi melalui pos Facebook beliau pada 20 Julai, yang menyatakan, “Saya telah menuai tembikai batu Jepun pertama saya selepas tiga bulan menumbuhnya di sepanjang koridor HDB dalam kotak penanam.”
Beliau juga berkongsi gambar-gambar proses tumbuhan tembikai batu tersebut.
Bahagian komen pos beliau turut dipenuhi dengan pujian bagi kejayaan beliau membuahkan tembikai batu tersebut.
Malah ia juga timbulkan perbualan di mana ramai yang bertanya tentang cara beliau berjaya melakukan perkara tersebut.
Berdasarkan jawapan beliau, ia memang bukan mudah untuk menanam tembikai batu ini dengan berjaya.
Encik Muhd Irwanshah berkongsi ilmu dan cadangan mengenai baja – seperti berapa jenis baja untuk gunakan, dan pada tahap tumbuhan apa yang sesuai untuk menggunakan baja tersebut.
Beliau juga turut menjelaskan pilihan benihnya untuk meningkatkan peluangnya untuk menghasilkan buah.
Inovasinya juga dapat dilihat apabila beliau menggunakan pelitup muka untuk menahan buah ketika ia sedang tumbuh.
Beliau juga berkongsi bagaimana beliau mencuba untuk membuat tembikai batunya untuk rasa lebih manis, di mana beliau elak daripada menyiram tumbuhan tembikai batunya apabila ia mula masak.
Melalui jawapannya kepada satu komen, anda juga dapat fahami motivasinya menanam tumbuhan ini.
“Idea umum sebalik ini adalah demi pengalaman. Ia menunjukkan kepada kita betapa banyak usaha yang diperlukan untuk mendapatkan makanan ke atas pinggan kita. Kita tidak sepatutnya mengambil mudah dan mensia-siakannya,” kata Encik Muhd Irwanshah.
“Memang kita sentiasa boleh membelinya dari kedai. Tetapi kita mungkin tidak akan sedar usaha yang diluahkan di sebaliknya. Kami akan bersikap alpa sehingga membuang makanan berlebihan tanpa berfikir panjang,” tambah beliau.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg