Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempat tidur sementara pekerja M'sia terkandas ditutup, tempat lain sudah tersedia

Mar 23, 2020 | 10:01 AM
BANTU PEKERJA TERKANDAS: Dewan Sukan Jurong East digunakan sebagai tempat tumpang tidur sementara minggu lalu apabila kawalan pergerakan Malaysia berkuat kuasa.
BANTU PEKERJA TERKANDAS: Dewan Sukan Jurong East digunakan sebagai tempat tumpang tidur sementara minggu lalu apabila kawalan pergerakan Malaysia berkuat kuasa. - - Foto FACEBOOK GRACE FU

TEMPAT tumpang tidur sementara di Dewan Sukan Jurong East untuk pekerja Malaysia terkandas ditutup bermula Isnin (23 Mac), sedang bilangan pengguna didapati rendah dan tempat lain sudah disediakan.

Mengumumkan demikian pada Isnin, Kementerian Pembangunan Sosial dan keluarga (MSF) berkata sejak 17 Mac lalu, agensi pemerintah Singapura telah membantu 30 pekerja Malaysia yang mencari tempat berteduh di dewan tersebut.

Sejak itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah membantu majikan untuk mendapatkan tempat penginapan bagi pekerja mereka.

"Terdapat bantuan yang melimpah ruah bagi pekerja yang terjejas dalam masyarakat, termasuk daripada rakan kerja masyarakat MSF melalui Rangkaian Peers dan tempat perlindungan sementara.

"Kami bangga bekerjasama dengan warga Singapura untuk mendekati dan menjaga pekerja Malaysia ini yang membantu memastikan kehidupan harian kita boleh berjalan seperti biasa sebanyak mungkin," kata seorang jurucakap MSF.

Baca laporan lepas:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg