Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tencent pindah ke CapitaSky untuk satukan ruang pejabat

Jun 5, 2024 | 4:31 PM
Tencent mengambil satu tingkat atau kira-kira separuh daripada ruang kerja fleksibel di menara CapitaSky.
Tencent mengambil satu tingkat atau kira-kira separuh daripada ruang kerja fleksibel di menara CapitaSky. - Foto ST

Syarikat gergasi teknologi China, Tencent Holdings, telah berpindah ke ruang baru di sebuah bangunan di Singapura untuk menyatukan lebih ramai pekerjanya di sana.

Kakitangan di konglomerat permainan dan media sosial itu kini beroperasi di CapitaSky, sebuah menara 29 tingkat di kawasan pusat perniagaan Singapura.

Mereka berpindah minggu ini dari pejabat WeWork di 30 Raffles Place, menurut sumber yang mengetahui tentang perkara itu.

Seorang jurucakap Tencent mengesahkan syarikat itu telah memindahkan kakitangannya ke lokasi baru.

Buat masa ini, Tencent mengambil satu tingkat atau kira-kira separuh daripada ruang kerja fleksibel di menara CapitaSky itu.

Firma itu mungkin akan memindahkan kakitangannya daripada pusat kerja bersama berhampiran menara CapitaSpring apabila tempoh sewa berakhir ke ruang baru, kata mereka.

Penyewa lain di CapitaSky temasuk Allianz dan Boston Consulting Group, menurut pemilik majoriti bangunan CapitaLand Integrated Commercial Trust.

The Work Project, pengendali kerja bersama yang disokong CapitaLand Group, mengendalikan kededua ruang CapitaSky dan CapitaSpring.

Ketua penjualan, Cik Sheena Goh mengesahkan langkah itu dalam satu kenyataan, berkata ia mengesahkan “perkongsian kukuh tiga tahun” bersama Tencent.

“Kami baru-baru ini memindahkan salah satu pejabat kami dari 30 Raffles Place ke The Work Project di CapitaSky kerana perjanjian pajakan kami sudah tamat,” kata jurucakap Tencent itu.

“Kami teruja untuk meneruskan perniagaan kami di Singapura,” tambah beliau yang ditukil agensi berita.

Langkah Tencent mencerminkan suasana berhati-hati dalam pasaran pejabat, yang menunjukkan tanda awal kelemahan disebabkan peningkatan pemberhentian dalam sektor teknologi dan kewangan, bersama-sama dengan peralihan kepada bekerja dari rumah.

Sesetengah firma menyatukan kakitangan di satu lokasi sambil mengekalkan pilihan untuk pengembangan masa depan jika perlu.

Firma lain seperti Meta, Citigroup dan BNP Paribas telah berpindah untuk mengurangkan ruang.

Bagaimanapun, Singapura setakat ini telah mengatasi kemerosotan yang dilihat di bandar lain, dengan kadar kekosongan bagi pejabat daerah pusat perniagaan utama berlegar pada 2.6 peratus pada akhir suku pertama, menurut Colliers International Group.

Ia kurang daripada satu perlima daripada kadar kekosongan pejabat di Hong Kong, hab kewangan saingan.

Singapura telah mendapat manfaat daripada kemasukan banyak dana dan firma, terutama dari China, di mana syarikat berusaha berkembang di rantau ini dan mengurangkan kehadiran mereka di China di tengah-tengah ketegangan bersama Amerika Syarikat.

Ini termasuk TikTok, yang telah menubuhkan ibu pejabat mereka di Singapura, serta firma pakaian, Shein Group.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg