Shahidah Travel and Tours mempunyai peranan yang sangat penting dalam memastikan perjalanan haji jemaahnya berjalan lancar.
Pengalaman berdekad menguruskan haji, membolehkan syarikat tersebut menyusun maklumat kompleks ke dalam bentuk yang mudah difahami, melalui Buku Panduan Haji Edisi 2024.
Menurut Pengarah Urusan Shahidah Travel and Tours, Encik Ayoob Angullia, penerbitan buku tersebut berperanan memperincikan panduan sistematik tentang tatacara pelaksanaan ibadah haji dengan lebih mendalam.
Berdasarkan buku edisi terkini itu, jemaah haji dibimbing dengan perkara meliputi persiapan menyeluruh secara fizikal dan mental.
Terdapat maklumat jelas tentang senarai keperluan ke Arafah, panduan persiapan beg jemaah dan jadual perjalanan lengkap untuk memudahkan pergerakan dari awal keberangkatan hingga akhir perjalanan.
Jemaah juga boleh mendapatkan senarai keperluan haji, panduan pemakaian, dan panduan Al-Quran dan hadis bagi mencapai haji mabrur.
Sehubungan itu, rujukan untuk jemaah wanita turut disediakan, khususnya bagi mereka yang berada dalam nifas dan haid.
“Kami ingin menyediakan maklumat praktikal kepada jemaah, merangkumi panduan penginapan, pengangkutan, tempat penting, serta amalan yang boleh dilakukan supaya perjalanan haji mereka lebih bermakna dan berjalan lancar.
“Buku panduan tersebut dapat menjadi sumber rujukan terbaik dalam membantu jemaah merancang perjalanan mereka secara berkesan dan mengurangkan kebimbangan mereka tatkala berada di tanah suci kelak,” jelas Encik Ayoob.
Buku panduan tersebut juga bertujuan memberi maklumat menyeluruh tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah yang berada di Makkah atau Madinah dan maklumat pegawai bertugas, jika berlaku sebarang kecemasan.
“Akses kepada bantuan seperti ini dapat memberi persediaan awal kepada jemaah untuk berhadapan dengan apa-apa kemungkinan yang tidak dijangka dan mereka tidak perlu risau kerana tahu mereka mempunyai sumber sokongan dan rujukan yang tepat,” tambah Encik Ayoob.
Turut disertakan di dalam buku panduan tersebut ialah latar belakang ringkas tentang tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Tsur, Gua Hira’, Masjid Baiah Aqabah, serta maklumat tentang telaga zamzam, Masjid Nabawi, Muzdalifah, Jamrah dan lain-lain.
Pada masa yang sama, jemaah dibekalkan dengan himpunan doa, zikir, selawat, wirid haji, serta maklumat tentang 15 tempat mustajab berdoa sebagai penguat aspek kerohanian sebelum, semasa dan selepas menunaikan ibadah haji.
Jemaah yang menggunakan peranti seperti telefon pintar, iPad atau tablet, boleh memuat turun buku panduan itu di shahidahtravel.com.
Di ruangan e-muat turun (e-download), terdapat doa-doa tambahan yang disediakan oleh asatizah daripada Shahidah Travel.
Hubungi talian 6299-2345 atau WhatsApp 9072-9982 atau e-mel kepada Instashahidah@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.
Kunjungi pejabat syarikat di 390 Victoria Street, Golden Landmark, #01-26, Singapura 188061.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg