Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Terdorong jaga anak titipan kerana adik ipar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terdorong jaga anak titipan kerana adik ipar

Mengasuh anak titipan boleh membuka pintu peluang yang sama buat mereka di Singapura. Anak-anak titipan ini berupaya membesar dalam sekitaran selamat dan sihat dengan bimbingan dan kasih sayang keluarga titipan. Dalam siri rencana pertama Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) bagi kempen, ‘Satu Hati, Satu Famili’ ini, akhbar ini memaparkan perkhidmatan yang ditawarkan PPIS Oasis, pusat agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017. Ikuti kisah perjalanan sepasang ipar duai, Cik Norlia Ali Marican dan Cik Waridah Sadauna yang telah meluangkan masa dan tenaga menjaga anak titipan. Pekerja sosial kanan PPIS Oasis, Cik Intrisaridewi Ali berkongsi antaranya, cabaran dan panduan menjaga anak titipan.
Dec 21, 2023 | 05:42 PM



Ipar duai, Cik Norlia Ali Marican, 57 tahun, dan Cik Waridah Sadauna, 64 tahun, kededuanya suri rumah, selalu berjumpa untuk membawa anak-anak pergi berenang, ke taman permainan atau bermain bersama di acara perhimpunan keluarga.

Namun, anak-anak tersebut merupakan anak titipan, masing-masing di bawah jagaan Cik Norlia dan Cik Waridah. 







Cik Norlia kini menjaga dua anak titipan, seorang anak titipan perempuan berusia tujuh bulan dan seorang anak titipan lelaki berusia 15 tahun. 

Beliau sudah mempunyai sekitar 20 tahun pengalaman menjaga anak titipan, bermula pada 2003, dan sudah menjaga seramai lapan anak titipan termasuk yang terkini.

Cik Waridah pula kini menjaga seorang anak titipan perempuan berusia lapan tahun. Beliau mula menjaga anak titipan pada 2019, sekitar sembilan tahun lalu, dan sudah menjaga seramai tiga anak titipan termasuk yang terkini.

Menurut Cik Norlia, anak titipan mereka membesar dan sering bermain dan bersama.

“Jarak usia antara anak titipan lelaki Cik Norlia dan cucu saya hanya dua tahun, jadi mereka rapat,” kata Cik Waridah.

Mereka masing-masing mempunyai anak kandung yang sudah dewasa – Cik Norlia mempunyai dua anak kandung berusia 26 dan 36 tahun, manakala Cik Waridah mempunyai tiga anak kandung berusia 31, 35 dan 39 tahun.

Cik Norlia yang telah menjadi ibu titipan dahulu merupakan dorongan Cik Waridah untuk meluangkan masa dan tenaga sebagai ibu titipan. 

“Memandangkan saya mempunyai banyak masa lapang, suami dan anak-anak dewasa saya sokong saya. Kami juga suka kanak-kanak. Kami tidak mengalami banyak perubahan semasa saya mula menjaga anak titipan. Anak-anak kandung saya juga ada tolong jaga,” kata Cik Waridah, juga seorang sukarelawan befriender masjid bersama Pelita anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Katanya lagi, Cik Norlia banyak berkongsi tip dan memberi sokongan moral.

“Apa yang saya tahu, saya akan kongsi dengan Cik Waridah. Jika ada perkara rumit yang timbul, saya akan ingatkan dia untuk beritahu pekerja sosialnya. Kadang-kala, kami alami masalah sama dan akan saling memberi sokongan moral,” kata Cik Norlia yang awalnya mendapat tahu tentang program anak titipan menerusi seorang saudaranya dan kemudian membaca iklan tentang anak titipan di akhbar Berita Harian (BH).

Cik Norlia dan Cik Waridah kini menjaga anak titipan yang dirujuk oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Oasis, pusat agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017.

Justeru, mereka dan anak titipan mereka akan mendapat sokongan dari PPIS Oasis dari segi kaunseling atau penyertaan bengkel.







Mengulas tentang perjalanan memupuk anak titipan, Cik Norlia berkata:

“Memupuk anak titipan ada susah senangnya. Saya telah menjaga 10 anak titipan dan dua daripada mereka adalah kanak-kanak keperluan khas. Titik paling sukar adalah apabila anak itu kembali ke ibu bapa kandung mereka.

“Menjaga anak-anak dengan keperluan khas juga memerlukan banyak kesabaran. Saya hadapi banyak cabaran semasa menjaga salah seorang daripada anak keperluan khas itu. Anak itu mengalami kecacatan intelek ringan (MID) dan boleh mengamuk. Tetapi, saya banyak belajar dalam perjalanan ini dan membekalkan diri saya dengan lebih banyak pengetahuan.”

Sependapat dengan Cik Norlia, Cik Waridah berkata bahawa kesabaran itu penting, apalagi apabila menghantar anak-anak titipan itu untuk berjumpa dengan ibu bapa kandung mereka.

“Tidak kira hujan atau panas, kami mesti hantar anak-anak titipan itu untuk berjumpa ibu bapa kandung mereka supaya mereka boleh luang masa bersama keluarga kandung mereka. Jika ibu bapa mereka datang lambat, kami masih mesti menunggu mereka. Kami mesti sabar dengan perkara seperti ini,” kata Cik Waridah.

Apa pun, menjaga anak titipan seperti anak sendiri penting dalam membantu anak titipan itu berasa selesa dan membina perwatakan positif dalam diri mereka, kongsi Cik Norlia dan Cik Waridah.

Setelah melalui segala susah senang menjaga anak titipan, Cik Norlia dapat menikmati kemanisannya apabila bekas anak titipan pertamanya masih berhubungan dengannya.

“Anak titipan pertama saya sudah berusia 20 tahun dan sedang menjalani Perkhidmatan Negara. Dengan izin ibu kandungnya, dia masih menghubungi keluarga saya dan akan mengunjungi kami pada setiap Hari Raya,” kata Cik Norlia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >