Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Terima $100,000 dari Masjid An-Nur untuk projek naik taraf

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terima $100,000 dari Masjid An-Nur untuk projek naik taraf

Selaras konsep ‘Satu Sektor Masjid’ galak masjid setempat saling bantu bagi program pembangunan Islam dan negara
Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Konsep ‘Satu Sektor Masjid’, atau ‘One Mosque Sector’, mengetengahkan pendekatan kesatuan antara masjid-masjid di Singapura. Ia juga diterapkan agar masjid-masjid lain di sini sama-sama berganding bahu menyumbang dengan lebih berkesan kepada pembangunan masyarakat Islam dan negara.

Sikap tolong-menolong sesama masjid dititik beratkan dari segi kewangan dan sokongan padu bagi program kemasyarakatan termasuk program keagamaan, kesihatan.

Baru-baru ini, Masjid An-Nur memulakan langkah menolong Masjid Hasanah dengan menyumbang $100,000 untuk membantu mengurangkan kos projek naik taraf Masjid Hasanah yang masih memerlukan dana sekitar $6.5 juta.

Menurut Ustaz Badrussalam D’jaffar, ketua Unit Kekeluargaan dan juga pengerusi pada majlis penyampaian cek itu di Masjid Hasanah, usaha bersama Masjid An-Nur sudah lama terjalin dan beliau gembira dan berharap silaturahim bersama Masjid An-Nur dan masjid lain dapat diteruskan dan diperkukuh.

Acara penyampaian cek itu disaksikan anggota Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) dan juga warga kerja kedua-dua masjid pada 30 Januari lalu. Ia bermula dengan sesi taaruf antara Masjid Hasanah dengan Masjid An-Nur dan diselangi dengan pengkongsian oleh pembantu Ketua Unit Operasi dan Keselamatan Masjid Hasanah, Encik Syamsul Ariffin. Lawatan ke tapak pembinaan di Masjid Hasanah yang diketuai oleh pengerusi eksekutif masjid itu, Encik Mohd Rafi Eusope, juga diadakan.


Masjid Hasanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada masjid di kawasan barat, timur, selatan dan utara Singapura yang menyokong projek naik tarafnya tahun ini.

Bagi membantu menyokong projek tersebut, beberapa LPM masjid termasuk pengerusi eksekutifnya, sama-sama membantu dengan membenarkan Masjid Hasanah meletakkan tabung di masjid mereka. Ini memberi ruang kepada Masjid Hasanah menjalankan program keagamaan di masjid setiap bulan.

Sebagai usaha selanjutnya, Masjid Hasanah akan mengadakan bacaan Surah Yasin bagi menyambut Malam Nisfu Syaaban pada 24 Februari ini. Majlis tersebut akan diisi dengan doa Nisfu Syaaban dan solat hajat serta syarahan khas yang akan disampaikan oleh Ustaz Dr Firdaus Yahya.

Melangkah lebih jauh bagi mengumpul dana projek naik tarafnya, Masjid Hasanah bekerjasama pula dengan Masjid Al-Istighfar.

Pada 17 Februari ini, ia akan mengadakan siri syarahan bermula di Masjid Al-Istighfar dari 9 malam hingga 10.30 malam. Program tersebut akan diisi dengan alunan zikir oleh asatizah daripada Masjid Hasanah, termasuk Ustaz Badrusslam sebagai ketuanya.

Acara zikir akan bermula selepas solat maghrib, disusuli syarahan oleh Ustaz Muhammad Nuzhan Halim sejurus selepas solat isyak.

Masjid Hasanah mengharap kehadiran jemaah bagi meraikan program syarahan itu demi menambah pengetahuan agama, di samping membeli kurma dan cenderahati yang akan dipamerkan.

Bagi jemaah yang ingin menghulur bantuan bagi Projek Naik Taraf Masjid Hasanah, masjid itu ada menyediakan khidmat dari rumah untuk membantu mereka yang ingin mewakafkan harta peninggalan saudara mereka yang telah meninggal dunia seperti emas atau wang. Mereka boleh menghubungi Masjid Hasanah pada waktu pejabat.

CARA MENDERMA


Cara menyumbang kepada Dana Naik Taraf Masjid Hasanah:

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isi di ruang ‘rujukan’ dengan perkataan ‘wakaf’ atau ‘infak’. Jika anda mahu resit, isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Melalui cek atas nama ‘LPM Hasanah’. Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tulis nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.

4. Hubungi pejabat Masjid Hasanah untuk sebarang pertanyaan melalui talian +65 6561-7990, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang atau Sabtu dan Ahad, 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >