Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Terima bayaran duit syiling, nota dari dua remaja cuit hati penghantar makan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terima bayaran duit syiling, nota dari dua remaja cuit hati penghantar makan

Mar 18, 2024 | 02:57 PM



Seorang penghantar makanan Grab, Cik Normah Sani, 55 tahun, baru-baru ini menerima duit syiling untuk bayaran tempahan yang dihantar ke sebuah kondominium di Hougang.

Cik Normah yang telah berkhidmat sejak 2018 dengan menggunakan e-bikenya teruja mendapat sampul surat yang berisi duit syiling dan nota daripada dua remaja yang telah membuat tempahan untuk minuman “bubble tea”. 

Dalam hantaran di kumpulan Facebook ‘(Singapore) All grab driver/grab food rider united’, Cik Normah menulis: 

“Hari ini saya menerima pesanan bayaran wang tunai dan untuk memujuk hati saya, dua gadis muda ini menulis nota dengan kata-kata manis, siap dengan dua lipatan berbentuk hati yang mereka buat sendiri, sebagai tanda meminta maaf kerana membayar saya dengan duit syiling. Sweetnya mereka.”


Sewaktu bercakap dengan wartawan Berita Harian (BH) menerusi Facebooknya, Cik Normah berkata beliau tidak pun mengira berapa duit syiling yang didapatinya, dan terus beredar setelah menerima sampul itu.


“Saya tak kisah terima duit syiling. Duit tetap duit!” kata Cik Normah yang hanya sempat mengira kandungan sampul surat itu setelah penghantaran selepas itu.

“Saya tidak mengira duit syiling itu di depan mereka kerana saya anggap itu tidak manis, jadi saya hanya mengiranya selepas penghantaran kedua.”

“Harga kededua ‘teh’ itu $16.60, dan mereka memberi saya $7 dalam bentuk wang kertas, dan $9.60 dalam bentuk syiling. Ini syiling terbanyak saya pernah terima sejak buat penghantaran Grab!” katanya lagi. 

Cik Normah berkata pesanan itu dihantar ke Regentville Condominium dan dua remaja itu berumur dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun. Sewaktu ditemu bual, Cik Normah berkata beliau telah menggunakan duit syiling itu tetapi masih menyimpan sampul surat buat kenangan. 

Komen-komen dari kumpulan Facebook itu rata-rata menganggap adegan itu lucu, dan memahami keadaan remaja yang mungkin perlu ‘memecah’ tabung untuk membayar tempahan Grab itu.

Salah seorang pengguna FB @Solace Lee menulis: “Kanak-kanak tidak bekerja. Ini pasti wang simpanan. Semua orang pernah mengalami zaman kanak-kanak. Biarkan mereka.”

Seorang lagi pengguna @Vincent Loo pula tidak menganggap perkara itu lucu, dan menurutnya ia satu perkara yang menyusahkan penghantar makanan sepertinya.

“Mengira duit syiling menyusahkan, dan tidak berbaloi, sebab itu saya tidak mengambil pesanan tunai kerana ingin mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Walau macam mana manis pun nota itu, lebih baik saya tidak menerimanya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >