Topik diikuti
Pergi ke BHkuTerminal peribadi, kemudahan baru di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada 2027
Terminal peribadi, kemudahan baru di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada 2027
CAG berkata telah mulakan kerja pembangunan semula bekas tapak terminal JetQuay
Terminal peribadi, kemudahan baru di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada 2027
Penumpang yang mencari pengalaman premium apabila berlepas dari Lapangan Terbang Changi boleh menikmati sebuah terminal peribadi dan hab gaya hidup baharu menjelang pertengahan 2027.
Dalam satu kenyataan pada 15 April, Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) berkata ia telah memulakan kerja-kerja pembangunan semula bekas tapak terminal JetQuay untuk golongan penting (VIP).
Ini akan digantikan dengan sebuah terminal peribadi serta kelompok kemudahan baharu yang dihubungkan dengan Hub & Spoke sedia ada.
Terletak di Terminal 2, terminal peribadi itu akan dikendalikan bersama oleh CAG dan Kumpulan Plaza Premium (PPG), yang mengendalikan ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia.
Terminal tersebut akan menampilkan ruang istirahat mewah, suite peribadi serta sajian khas di samping ruang acara serba guna untuk kumpulan besar dan perhimpunan peribadi.
Naib Presiden Kanan pembangunan operasi lapangan terbang dan perkhidmatan operasi lapangan terbang CAG, Encik Ang Siew Min, berkata:
“Sebahagian penumpang masa kini mencari lebih daripada sekadar tempat yang selesa untuk meluangkan masa sebelum penerbangan – mereka mahukan pengalaman premium yang khusus untuk mereka.”
Ketua Pegawai Transformasi PPG, Cik Mei Mei Song, menambah kumpulan itu komited untuk menyediakan pengalaman menyeluruh yang dipertingkat bagi penumpang premium di Lapangan Terbang Changi.
Menurut CAG, kelompok kemudahan Hub & Spoke yang diperluas akan menawarkan konsep makanan baharu, selain kemudahan kesejahteraan dan mesra haiwan peliharaan.
Menjadi tarikan utama ialah amfiteater berbumbung pertama di Changi serta sebuah plaza terbuka yang direka untuk menganjurkan acara berskala kecil hingga sederhana.
