Selama tujuh bulan di tengah lautan, Cik Putri Sri Wahyuni Mohamad Kamarulzaman, terpaksa membiasakan diri dengan kesunyian.

Cik Putri yang berusia 22 tahun pada ketika itu, bukan sahaja satu-satunya wanita di atas kapal, malah satu-satunya rakyat Singapura dan beragama Islam dalam kalangan kru antarabangsa yang belayar bersamanya.