Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tharman: Rantau Asia Tenggara terbuka, inklusif dan berdaya tahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman: Rantau Asia Tenggara terbuka, inklusif dan berdaya tahan

Dec 05, 2023 | 07:48 PM



Tidak mempunyai ketamadunan peribumi, sebaliknya satu set budaya yang berkembang, telah membantu negara-negara Asia Tenggara bersikap terbuka dan berdaya tahan, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam di Institut Pengajian Dasar (IPS) pada 5 Disember.

Beliau menambah, Asia Tenggara tidak pernah membentuk tamadunnya sendiri. Sebaliknya, budaya tempatan dan kebangsaannya dibentuk oleh pengaruh luar, khususnya empat tamadun purba: Indic, Sinic, Islam dan Eropah-Kristian.

Negara-negara di rantau ini tidak mengguna pakai mana-mana tamadun itu secara menyeluruh atau tunggal, tetapi memilih unsur-unsur daripada tamadun berbeza ini dan menyepadukannya dalam budaya kebangsaan mereka sendiri yang berkembang, kata Encik Tharman.

Ini membolehkan Asia Tenggara melakukan pemodenan secara terpilih, bagi menentukan resam budayanya sendiri yang kemudian berkembang.

“Saya akan menambah bahawa sifat terbuka dan inklusif yang mengalir dalam sejarah Asia Tenggara ini telah memberikan daya tahan rantau ini dalam dunia hari ini, dan saya pasti, sama pentingnya dengan dunia masa depan,” katanya.

Beliau berucap di majlis pelancaran buku ‘Living with Civilisations: Reflections on Southeast Asia’s Local and National Cultures’ (Hidup dengan Tamadun: Cerminan Budaya Tempatan dan Kebangsaan Asia Tenggara) oleh Profesor Wang Gungwu, yang merupakan Zamil S R Nathan ke-12 IPS untuk Kajian Singapura.


Encik Tharman menambah, keupayaan untuk menggabungkan tamadun yang berbeza secara terpilih dari seluruh dunia membolehkan negara-negara di rantau ini mengemudi – masing-masing dengan cara mereka tersendiri – ketegangan dan arus perubahan dunia.

Ini penting bagi Singapura, yang sentiasa terdedah kepada pengaruh tamadun yang berbeza itu. Pihak British yang memerintah Singapura sebelum ini tidak pernah cuba untuk mengubahnya, kata beliau lagi.

Keterbukaan dan keterangkuman budaya di Asia Tenggara, dan hakikat bahawa tiada satu pun negara individu mahupun rantau ini secara keseluruhannya menganggap dirinya sebagai sebuah tamadun dengan haknya sendiri, adalah satu kelebihan dalam dunia hari ini, kata Encik Tharman.

“Ia memberikan kita kerendahan hati yang membolehkan kita terus belajar, dan tidak pernah berfikir bahawa kita lebih hebat daripada seluruh dunia,” katanya.

Buku setebal 201 halaman itu merupakan koleksi empat syarahan IPS-Nathan yang disampaikan Profesor Wang dari November 2022 hingga Mac 2023, dan termasuk sorotan sesi dialognya.

Ahli sejarah terkenal berusia 93 tahun itu telah menjadi Profesor Universiti di Universiti Nasional Singapura (NUS) sejak 2007, dan Profesor Emeritus di Universiti Nasional Australia sejak 1988. Beliau juga merupakan pengarah Institut Asia Timur NUS dari 1997 hingga 2007.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >