Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tiada kes kanak-kanak didera oleh ibu bapa angkat sejak beberapa tahun lalu: MSF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada kes kanak-kanak didera oleh ibu bapa angkat sejak beberapa tahun lalu: MSF

Jan 08, 2024 | 08:38 PM



Beberapa langkah perlindungan disediakan untuk memastikan kebajikan kanak-kanak dalam proses pengambilan anak angkat, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Kenyataan ini dibuat susulan hukuman terhadap seorang lelaki yang mendera secara seksual seorang remaja perempuan yang mahu diambil sebagai anak angkat. 

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST), kementerian itu menggariskan pelbagai langkah yang diambil, antaranya termasuk menemu bual kanak-kanak yang akan diambil sebagai anak angkat serta rangkaian sosial bakal keluarga angkat. Ini selain menilai kestabilan hubungan suami isteri.

“Walaupun segala usaha dilakukan untuk memastikan anak angkat memasuki keluarga yang menyediakan persekitaran yang selamat, sukar untuk meramalkan dan beri kepastian bagaimana hubungan antara anak angkat dan ibu bapa angkat berkembang,” tambah MSF. 

“Namun begitu, CPS (Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak) tidak menemui sebarang kes dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang melibatkan ibu bapa angkat melakukan penderaan kanak-kanak.”

Akhbar ST juga telah mengajukan soalan tentang jumlah ibu bapa angkat yang didapati mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka, antara pertanyaan lain tentang bagaimana MSF memastikan keselamatan kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat.

Pada 28 November 2023, seorang lelaki berusia 39 tahun telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dirotan sembilan kali selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan penembusan seksual eksploitatif terhadap remaja bawah usia 16 atau 17 tahun.

Lelaki itu, yang merupakan seorang pengurus besar di firma pembangunan kepimpinan belia, mengenali gadis remaja itu semasa mengendalikan kem di rumah kumpulan terapeutik di mana gadis itu ditempatkan.

Dia dan isterinya kemudian memutuskan untuk mengambil gadis remaja itu, yang sebelum ini didera secara seksual oleh bapa kandungnya sendiri selepas ibunya membunuh diri.

Apabila gadis itu, yang ketika itu berusia 16 tahun, ditempatkan sementara dalam jagaan pasangan tersebut semasa proses mengambilnya sebagai anak angkat, lelaki itu, yang merupakan bapa kepada dua anak lelaki, berulang kali melakukan pelbagai bentuk penembusan seksual terhadap gadis itu.

Ini berlaku hampir setiap hari antara September dan pertengahan November 2020.

Kes itu terbongkar setelah gadis itu memberitahu gurunya, yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis.

Mengulas mengenai kes berkenaan, MSF berkata lelaki itu dan isterinya tidak mempunyai rekod jenayah dan sejarah buruk.

Tiada faktor risiko yang timbul semasa penilaian kesesuaian pasangan untuk menjadi sukarelawan di rumah kumpulan terapeutik atau sebagai penjaga gadis itu.

“Para profesional terlatih menilai mereka sebagai penyayang dan mampu menyokong keperluan kanak-kanak itu,” kata MSF.

Penjaga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanak-kanak yang akan diambil sebagai anak angkat dan hanya bertemu dengan kanak-kanak itu melalui hubungan keluarga atau masyarakat, dan tidak didaftarkan sebagai ibu bapa angkat.

Sebaik sahaja CPS menilai bahawa ia tidak mungkin lagi untuk menyatukan semula kanak-kanak itu dengan ibu bapa kandung mereka dan ditetapkan untuk diambil sebagai anak angkat, kanak-kanak itu akan dipadankan dengan bakal keluarga angkat yang sesuai.

MSF menggariskan pertimbangan utama ini untuk bakal ibu bapa angkat:

  • Memastikan pasangan itu sudah berkahwin dan memohon sebagai pasangan.
  • Pada peringkat pertama, mereka menjalani penilaian kesesuaian anak angkat yang dikendalikan oleh kakitangan perkhidmatan sosial daripada agensi anak angkat yang bertauliah. Mereka dinilai berdasarkan keupayaan mereka untuk menyediakan persekitaran yang memupuk, motivasi mereka untuk mengambil anak angkat, kestabilan hubungan perkahwinan, dan kapasiti keseluruhan mereka untuk memenuhi keperluan anak. Mereka juga disaring untuk faktor risiko, termasuk rekod jenayah.

Bagi keluarga yang memerlukan sokongan semasa atau selepas proses permohonan anak angkat, MSF dan agensi terlibat boleh merujuk mereka kepada Pusat Khidmat Keluarga dan kaunselor sekolah.

Sekiranya timbul sebarang kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak itu semasa proses mengambilnya sebagai anak angkat, seperti didera, CPS akan segera bertindak dan menjalankan siasatan.

Orang awam yang menyaksikan atau mengesyaki keganasan rumah tangga atau penderaan kanak-kanak boleh melaporkannya kepada Talian Bantuan Anti-Keganasan dan Gangguan Seksual Nasional di talian 1800-777-0000 atau kepada polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >