Bukan satu, tetapi beberapa organ Cik Humizara Husin terpaksa dibedah dan dibuang disebabkan penyakit barah yang dihadapinya lebih tiga tahun lalu.
Disebabkan barah buah dada dan ‘pseudomyxoma peritonei’ (PMP) – iaitu tumbuhan sel tumor dalam perut dan pelvis – Cik Humizara, 51 tahun, terpaksa membuang antara lain, limpa dan suku daripada perutnya.
Bagaimanapun, sokongan padu keluarga telah membakar semangat Cik Humizara untuk menjalani kehidupan seperti sedia kala dan tabah mengharungi liku-liku hidup.
Meskipun ibu dua anak itu tidak seaktif seperti sebelum menghidapi barah, beliau tetap melakukan kegiatan aktif demi kesihatan termasuk bersenam di gimnasium.
Sementara itu, bagi Cik Maznah Abdul Samad pula, kali pertama mendapat tahu tentang penyakit barah buah dada yang dihadapinya memang amat mengejutkan.
Tetapi reda akan takdir yang ditentukan itu, Cik Maznah, cekalkan hati untuk mendapat rawatan dan memulihkan kesihatannya.
Berkat ketabahannya, kini ibu empat anak sudah kembali bertugas sebagai penolong guru dengan sebuah agensi pendidikan privet dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Cik Humizara dan Cik Maznah adalah di antara pesakit barah yang berkongsi pengalaman dengan Berita Harian sempena Bulan Penakat Barah Nasional pada Jun.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg