Tiga dibawa ke hospital, 70 dipindah dek flat terbakar di Bukit Batok
Tiga dibawa ke hospital, 70 dipindah dek flat terbakar di Bukit Batok
Jun 16, 2023 | 7:23 PM
AWAL PAGI: Sebuah flat di Blok 392 Bukit Batok West Avenue 5 dilaporkan terbakar sekitar 3.45 pagi pada Jumaat (kiri), dan sebanyak tiga kereta bomba dilihat di tempat kejadian (kanan). - Foto PEMBACA ZAOBAO
Tiga individu dikejarkan ke Hospital Besar Singapura dan seramai 70 penduduk dipindahkan selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat di Bukit Batok awal pagi Jumaat.
Tiga buah kereta bomba, dua ambulans dan sebuah kereta polis turut berada di tempat kejadian, seperti yang dirakam dalam gambar-gambar yang dikirim oleh pembaca akhbar Lianhe Zaobao.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), berkata menerima panggilan terhadap kebakaran itu di Blok 392 Bukit Batok West Avenue 5 sekitar 3.45 pagi pada Jumaat.
Kebakaran itu melibatkan ruang tamu flat tersebut dan ahli bomba telah memadamkannya menerusi jet air.
Punca kebakaran masih sedang disiasat.
Laporan berkaitan
Remaja 17 tahun terkorban selepas flat di Yishun terbakarJun 11, 2023 | 1:42 PM
3 dihantar ke hospital selepas ruang tamu flat di Sengkang terbakarMay 19, 2023 | 9:00 AM


