Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Tiga perjanjian penting S’pura-Indonesia berkuat kuasa 21 Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga perjanjian penting S’pura-Indonesia berkuat kuasa 21 Mac

Berkaitan pengurusan ruang udara, pertahanan dan ekstradisi, dimeterai pada Januari 2022 semasa Rahat Pemimpin
Mar 22, 2024 | 06:08 PM



Tiga perjanjian penting antara Singapura dengan Indonesia secara rasmi dikuatkuasakan pada 21 Mac dalam satu detik penting bagi hubungan dua hala.

Ketiga-tiga perjanjian itu, yang berkaitan dengan pengurusan ruang udara, kerjasama pertahanan dan ekstradisi, ditandatangani pada Januari 2022 semasa Rahat Pemimpin antara Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, di bawah rangka kerja yang diperluaskan antara kedua-dua negara.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 22 Mac berkata penguatkuasaan perjanjian itu adalah mercu tanda bersejarah dalam hubungan Singapura-Indonesia, yang menekankan kekuatan dan kematangan hubungan kedua-dua negara.

Rangka kerja diperluaskan itu merangkumi Perjanjian 2022 mengenai penjajaran semula sempadan antara wilayah maklumat penerbangan (FIR) Jakarta dengan Singapura, Perjanjian 2022 bagi Ekstradisi Pelarian, dan Perjanjian Kerjasama Pertahanan 2007.

Bagi mengalu-alukan detik bersejarah itu, Encik Lee dan Encik Jokowi telah berhubung melalui telefon pada 22 Mac.

Semasa panggilan mereka itu, Encik Lee mengesahkan komitmen Singapura untuk bekerja rapat dengan Indonesia bagi menangani cabaran bersama, dan melahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala itu akan terus mencetuskan sesuatu yang baru yang membawa kepada kemajuan atau faedah positif.

“Perjanjian tersebut menandakan komitmen bersama kami untuk bekerjasama sebagai jiran untuk mendapatkan hasil demi kepentingan terbaik kedua-dua negara kita,” kata MFA dalam kenyataannya.

Perjanjian itu berkuat kuasa setahun selepas Singapura dan Indonesia membuat permohonan bersama pada Mac 2023 kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk meluluskan penjajaran semula sempadan penerbangan kedua-dua negara.

Penguatkuasaan ketiga-tiga perjanjian secara serentak itu menyelesaikan isu sensitif yang berlarutan dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara berjiran tersebut sejak beberapa dekad lalu.

Ia telah dirundingkan dengan teliti untuk mendapatkan keseimbangan faedah yang baik untuk kedua-dua pihak supaya ia bertahan lama dan untuk jangka masa panjang, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, kepada Parlimen pada Februari 2022.

Encik Lee juga telah menekankan kepentingan ketiga-tiga perjanjian itu di Parlimen pada April 2023, yang katanya mewakili “kemajuan besar” dalam hubungan antara Singapura dengan Indonesia.

Beliau berkata ketika itu: “Sekiranya kita membiarkan isu-isu ini tidak dapat diselesaikan, ia akan memburuk, dan berkemungkinan suatu hari nanti menjadi dendam. Ini akan memburukkan keseluruhan hubungan, yang tidak akan menguntungkan kedua-dua pihak.”

Pada 22 Mac, Encik Lee dalam satu hantaran di Facebook, berkata: “Perjanjian tersebut merupakan detik penting dalam hubungan antara Singapura dengan Indonesia.

“(Saya) berharap kita dapat melangkah lebih jauh, untuk meneroka bidang kerjasama baru yang menjanjikan pada tahun-tahun akan datang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >