Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga remaja ditangkap, disyaki curi motosikal di Pasir Ris

Sep 17, 2023 | 3:17 PM
DISYAKI CURI MOTOSIKAL: Tiga remaja ditangkap kerana disyaki mencuri motosikal. Seorang akan didakwa di mahkamah pada Isnin. Siasatan ke atas dua lagi masih dijalankan.
DISYAKI CURI MOTOSIKAL: Tiga remaja ditangkap kerana disyaki mencuri motosikal. Seorang akan didakwa di mahkamah pada Isnin. Siasatan ke atas dua lagi masih dijalankan. - Foto ST

Tiga remaja berusia 17 tahun telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri motosikal.

Seorang daripada mereka akan didakwa di mahkamah pada Isnin atas tuduhan mencuri kenderaan bermotor. Kesalahan itu diiringi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Siasatn polis ke atas dua lagi remaja sedang dijalankan.

Dalam kenyataan pada Ahad, polis berkata mereka diberitahu pada Jumaat satu motosikal telah dicuri dari tempat meletak kereta di Pasir Ris Street 12.

Polis mengenal pasti tiga remaja itu selepas menjalankan siasatan menggunakan kamera polis dan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan menangkap mereka pada hari yang sama.

Motosikal dan topi keledar yang dicuri telah ditemui.

Polis menasihatkan pemilik motosikal supaya mengambil langkah berjaga-jaga demikian:

  1. Letak motosikal mereka di kawasan yang diterang
  2. Pasang amaran cegah pencuri di kenderaan
  3. Gunakan sarung motosikal kanvas dan ikat kededua hujungnya
  4. Pasang alat kunci motor tambahan, seperti mangga brek cakera
  5. Tarik keluar kunci dan kunci motosikal setiap kali meninggalkan kenderaan itu
  6. Jangan simpan kunci dalam peti motosikal
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg