Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjau reruai BH sempena Simposium Bahasa Ibunda

Aug 26, 2023 | 3:47 PM
KUNJUNGAN MENTERI: Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (paling kiri), berkunjung ke reruai Penerbitan Pelajar SPH Media di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-12 yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City pada Sabtu.
KUNJUNGAN MENTERI: Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (paling kiri), berkunjung ke reruai Penerbitan Pelajar SPH Media di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-12 yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City pada Sabtu. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (paling kiri, gambar atas), berkunjung ke reruai Penerbitan Pelajar SPH Media di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-12 yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City pada Sabtu.

Beliau diberi penjelasan tentang penerbitan pelajar Berita Harian (BH) oleh Editor Pembaca dan Pertumbuhan BH, Cik Norhaiza Hashim (dua dari kiri); Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (tiga dari kiri); Eksekutif Penjenamaan dan Promosi BH, Cik Ismawati Ismail (dua dari kanan), dan Timbalan Editor Pembaca dan Pertumbuhan BH, Cik Rabiatul Adawiya Binhan (tiga dari kanan).

Pengunjung ke reruai tersebut turut diberi terbitan pelajar BH - Cilik Cerdik dan Gen G. Mereka juga berpeluang mendapatkan beg BH percuma.

Selain itu, kanak-kanak boleh melukis dan melakukan aktiviti susun suai gambar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg