Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan MDDI: 70% rakyat sokong cara S’pura kendali dasar luar

Mereka percaya pemerintah bertindak demi kepentingan terbaik negara
Sep 27, 2024 | 5:00 PM
Tujuh daripada 10 warga Singapura, yang ditinjau oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pada Jun berkata mereka menyokong cara pemerintah mengendalikan dasar luar negara dan percaya ia akan bertindak demi kepentingan terbaik Singapura.
Tujuh daripada 10 warga Singapura, yang ditinjau oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pada Jun berkata mereka menyokong cara pemerintah mengendalikan dasar luar negara dan percaya ia akan bertindak demi kepentingan terbaik Singapura. - Foto ST

Kira-kira 70 peratus, atau tujuh daripada 10 warga Singapura, yang ditinjau oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pada Jun, berkata mereka menyokong cara pemerintah mengendali dasar luar dan percaya ia akan bertindak demi kepentingan terbaik negara.

Tinjauan itu menunjukkan rakyat Singapura sangat mengharapkan pemerintah bertindak demi kepentingan terbaik Singapura melangkaui pandangan peribadi mereka terhadap Amerika Syarikat atau China, manakala lebih lapan daripada 10 berpendapat Singapura harus bertindak demi kepentingan terbaiknya dan tidak memihak.

Tinjauan itu dikeluarkan oleh MDDI pada 27 September berikutan keluaran Tinjauan Barometer Asia yang dijalankan oleh Institut Kajian Dasar (IPS) pada 2023, yang mendapati pengaruh China dalam hal ehwal dunia dilihat lebih positif di Singapura berbanding Amerika.

Kajian itu mendapati rakyat Singapura lebih berkemungkinan menganggap China sebagai baik untuk Asia dan Singapura jika dibandingkan dengan Amerika.

China juga sebahagian besarnya dilihat oleh rakyat Singapura sebagai negara yang akan mempunyai pengaruh paling besar di Asia dalam tempoh 10 tahun.

MDDI berkata tinjauannya secara konsisten menunjukkan bahawa rakyat Singapura memahami keperluan penting negara untuk dasar luar yang bebas.

“Tinjauan mengenai dasar luar yang dijalankan oleh MDDI pada Jun 2024 mendapati bahawa rakyat Singapura merasakan hubungan dengan Amerika dan China bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Enam daripada 10 rakyat Singapura menilai hubungan dengan kedua-dua negara sebagai baik atau sangat baik. Enam daripada 10 berasa Singapura harus mengekalkan tahap hubungan semasa dengan Amerika dan China,” kata MDDI.

Tinjauan Barometer Asia mendapati bahawa responden menilai China mempunyai pengaruh yang lebih positif terhadap dunia berbanding Amerika.

Ditanya berkenaan sifat pengaruh kededua negara terhadap Asia, lebih 50 peratus responden berkata China melakukan lebih banyak kebaikan daripada kemudaratan dan mempunyai pengaruh yang lebih positif sedikit berbanding Amerika, yang memperoleh kira-kira 34.3 peratus.

Responden juga melaporkan bahawa tahap pengaruh China ke atas Asia mengatasi Amerika, bukan sahaja sekarang, malah dalam masa 10 tahun, berbanding dengan Amerika, Jepun dan India.

Bagaimanapun, apabila ditanya negara mana yang mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap Singapura, kedua-dua China dan Amerika mendapat markah dengan jurang yang rapat berdasarkan tinjauan yang dijalankan antara 2014 dengan 2023 itu.

China juga dilihat mempunyai pengaruh yang lebih positif terhadap Singapura berbanding Amerika berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada 2020 dan 2023.

“Tinjauan mengenai dasar luar yang dijalankan oleh MDDI pada Jun 2024 mendapati bahawa rakyat Singapura merasakan hubungan dengan Amerika dan China bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. “Enam daripada 10 rakyat Singapura menilai hubungan dengan kedua-dua negara sebagai baik atau sangat baik. Enam daripada 10 berasa Singapura harus mengekalkan tahap hubungan semasa dengan Amerika dan China.”
Kenyataan MDDI.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg