Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tipu pakej hotel: Wanita hadapi 283 tuduhan, mangsa rugi $1.3j

Aug 2, 2024 | 3:05 PM
Farah Diyanah Abdul Falik didakwa memperdaya seorang wanita untuk mempercayai bahawa satu tempahan bilik akan dibuat bagi penginapan tiga hari dua malam di The Fullerton Bay Hotel Singapore.
Farah Diyanah Abdul Falik didakwa memperdaya seorang wanita untuk mempercayai bahawa satu tempahan bilik akan dibuat bagi penginapan tiga hari dua malam di The Fullerton Bay Hotel Singapore. - Foto ST

Seorang wanita yang didakwa memperdaya beberapa orang dalam satu siri penipuan e-dagang membabitkan tempahan pakej bilik hotel dikenakan 283 tuduhan menipu pada 2 Ogos.

Farah Diyanah Abdul Falik, 34 tahun, dikatakan terlibat dalam kes lebih 900 tempahan sedemikian tidak dipenuhi, dan mangsanya didakwa kerugian lebih $1.3 juta secara keseluruhan, lapor The Straits Times.

Antara lain, dia dituduh menipu seorang wanita pada 2021 agar mempercayai bahawa tempahan bilik akan dibuat untuk suatu waktu tertentu antara Ogos dengan Disember 2021 bagi penginapan tiga hari dua malam di The Fullerton Bay Hotel Singapore.

Wanita itu kemudian memindahkan $4,400 kepada Farah melalui PayNow.

Farah juga dikatakan memperdaya seorang lagi wanita lain sebanyak $2,678 pada Julai 2021 agar mempercayai bahawa satu tempahan bilik akan dibuat bagi tempoh 8 hingga 10 Oktober 2021 di Amara Sanctuary Resort Sentosa.

Polis berkata dalam satu kenyataan sebelum ini bahawa dari pertengahan Disember 2021 hingga Disember 2022, polis menerima beberapa laporan mengenai seorang penjual yang didakwa menipu sebilangan individu selepas menawarkan pakej tempahan bilik hotel berdiskaun melalui wadah media sosial yang tidak didedahkan.

“Selepas pembayaran dibuat oleh mangsa menerusi pemindahan wang melalui bank dan PayNow, mereka didakwa gagal menerima tempahan.

“Melalui siasatan susulan, pegawai daripada Pusat Anti-Penipuan mengenal pasti identiti wanita itu dan menahannya atas kesalahan menipu.”

Kes Farah akan disebut semula di mahkamah pada 30 Ogos.

Bagi setiap pertuduhan menipu, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg