Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buat pengesahan sebelum anda beli

DENGAN KERJASAMA PASUKAN POLIS SINGAPURA (SPF)
May 19, 2024 | 5:30 AM
Anda dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga ketika membeli barangan dalam pasaran e-dagang.
Anda dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga ketika membeli barangan dalam pasaran e-dagang. - Foto ISTOCKPHOTO

Sekurang-kurangnya 104 penduduk Singapura menjadi mangsa penipu pancingan data e-dagang sejak Januari, menurut polis.

Sempena ulang tahun anak saudara perempuannya yang ke-16 tahun lalu, pekerja sosial Mark Fernandez, 37 tahun, mahu memenuhi hasratnya untuk mendapatkan sebuah komputer riba baru.

Namun, harga komputer riba yang tinggi membuatkan beliau teragak-agak untuk membelinya. Komputer riba itu berharga hampir $1,400 di kedai-kedai runcit.

Encik Fernandez yang bijak berbelanja, membuat keputusan untuk melayari pasaran pengguna di dalam talian Carousell bagi mendapatkannya pada harga yang lebih berpatutan. “Saya mengambil risiko,” Encik Fernandez mengakui, menyedari peningkatan dalam penipuan e-dagang.

Beliau tidak menyesal – kerana beliau amat berhati-hati.

Penipuan e-dagang membentuk jumlah kedua tertinggi kes yang dilaporkan dalam kalangan semua jenis penipuan pada tahun lalu, menurut angka Pasukan Polis Singapura (SPF). Kes yang dilaporkan lebih dua kali ganda daripada 4,762 kes pada 2022 kepada 9,783 kes pada 2023.

Tiga platform di mana paling kerap berlaku penipuan e-dagang: Facebook, Carousell dan Telegram.

Mujurlah, Encik Fernandez menemui penyenaraian bagi komputer riba yang diingini – serba baru dan masih di dalam kotak – $400 lebih murah daripada harga runcit.

Mengambil sikap berhati-hati, beliau menyemak profil penjual bagi memastikan penjual mempunyai lencana yang disahkan dan meneliti ulasan urus niaga dengan teliti tentang urus niaga penjual yang lalu.

Pengguna Carousell yang telah melengkapkan ketiga-tiga kaedah pengesahan yang diperlukan (menerusi Singpass, nombor telefon bijak dan e-mel) akan mempunyai lencana pengesahan biru di sebelah nama pengguna mereka.

Encik Fernandez juga memilih untuk membayar wang tunai semasa penghantaran alat peranti itu.

Keesokan harinya, beliau menemui penjual itu untuk mengambil komputer riba tersebut dan memindahkan jumlahnya melalui PayNow setelah memastikan barang itu berada dalam keadaan baik.

Berbangga dengan hadiah praktikal yang diperolehinya pada harga yang berpatutan, Encik Fernandez berkongsi bahawa anak saudaranya sangat gembira apabila menerima komputer riba itu. “Setahun kemudian, beliau masih menggunakan komputer riba itu tanpa sebarang masalah.”

Semak sebelum anda membeli

Langkah berjaga-jaga yang diambil Encik Fernandez adalah antara “amalan terbaik” yang disyorkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bagi urus niaga di dalam talian.

Ini termasuk mengesahkan profil penjual dan berurus niaga secara peribadi.

MHA adalah sebahagian daripada Jawatankuasa Antara Kementerian bagi Penipuan, yang menerbitkan Penilaian Keselamatan Urus Niaga Pasaran E-Dagang (TSR) pada bulan lalu.

“Orang ramai digalakkan merujuk kepada TSR bagi mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri keselamatan sedia ada dalam pasaran e-dagang dan perkara yang mereka perlu ambil perhatian apabila berurus niaga di dalam talian,” kata Superintenden Polis, Encik Matthew Choo, penolong pengarah Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, SPF.

Mereka juga harus lebih berhati-hati apabila berurus niaga dalam pasaran tanpa langkah-langkah yang disyorkan. Khususnya, pembeli sepatutnya “hanya berurus niaga dengan penjual yang identitinya telah disahkan oleh pasaran berdasarkan dokumentasi yang dikeluarkan pemerintah seperti NRIC atau nombor entiti unik (UEN)”.

Mereka juga harus menggunakan pilihan bayaran yang selamat apabila membuat pembelian di dalam talian, tambah Superintenden Choo.

Sebagai contoh, platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada menggunakan kaedah bayaran seperti di platform escrow, di mana wang diberikan kepada penjual hanya selepas tempoh tertentu atau selepas pembeli mengesahkan sudah menerima pesanan mereka.

Gelombang baru penipuan pancingan data

SPF juga mencatatkan peningkatan baru-baru ini dalam penipuan pancingan data e-dagang yang melibatkan iklan media sosial.

Terdapat 104 mangsa yang kehilangan sekurang-kurangnya $63,000 akibat penipuan tersebut sejak Januari.

Mangsa akan tertarik dengan tawaran melalui platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan TikTok.

Apabila mereka mengklik iklan itu, mereka akan dibawa ke laman web pancingan data yang menggesa mereka agar memberikan butiran kad debit dan kredit atau kata laluan sekali untuk “membeli” barangan.

Mangsa akan menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila mereka mendapati transaksi yang tidak dibenarkan (berbeza daripada pembelian yang dimaksudkan) dicaj kepada kad mereka.

Buat pilihan yang bijak dan terus berjaga-jaga terhadap penipuan e-dagang.
Buat pilihan yang bijak dan terus berjaga-jaga terhadap penipuan e-dagang. - Adaptasi Grafik BERITA MINGGU
Pembeli dinasihatkan untuk terus berwaspada dan cegah dari penipuan e-dagang.
Pembeli dinasihatkan untuk terus berwaspada dan cegah dari penipuan e-dagang. - Adaptasi Grafik BERITA MINGGU
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg