Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TraceTogether, SafeEntry terus diguna sehingga langkah pengasingan vaksinasi tidak diperlukan

Mar 4, 2022 | 5:30 AM
50739d11-51a2-45a1-bbe2-d68b9eca4d26
-

APLIKASI Trace Together dan SafeEntry tetap memainkan peranan penting dalam respons Singapura terhadap Covid-19 dan akan terus digunakan sekurang-kurangnya sehingga langkah pengasingan berdasarkan status vaksinasi tidak lagi diperlukan, kata Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan, Dr Janil Puthucheary, semalam.

Teknologi ini membolehkan pemeriksaan pengesahan bagi kemasukan ke tempat atau aktiviti di mana langkah sedemikian dilaksanakan, demi melindungi mereka yang belum divaksinasi yang mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit teruk, jelasnya lagi.

"Kami mempunyai matlamat untuk memastikan peraturan dan keperluan mudah dan kita akan menyemak keperluannya secara kerap.

"Kami akan terus memikirkan secara rasional dan mempermudah langkah pengurusan selamat kita," kata Encik Janil memberi respons kepada Encik Leon Perera (GRC Aljunied) daripada Parti Pekerja.

Encik Perera berkata penguatkuasaan Trace Together dan pemeriksaan SafeEntry mempunyai bebanan pematuhan bagi perniagaan dan bertanya apakah kriteria yang akan digunakan Kementerian Kesihatan (MOH) apabila memutuskan untuk menghentikannya secara berperingkat.

Dr Janil berkata Trace Together dan SafeEntry telah membantu pihak berkuasa mengeluarkan dengan cepat amaran dan notis risiko kesihatan, yang telah memastikan kadar kematian rendah selain mengurangkan penularan Covid-19, dengan membolehkan warga mengasingkan diri sendiri serta mendapatkan bantuan awal, sekali gus menunjukkan ia bermanfaat meski satu beban.

Masih terlalu awal untuk memberitahu apakah pendekatan untuk menghentikan sistem ini secara berperingkat atau bila ia tidak lagi diperlukan, tambah Encik Janil lagi.

"Kita perlu menunggu sehingga kita tidak lagi memerlukan langkah pengasingan berdasarkan status vaksinasi," jelas beliau lagi.

"Kita perlu menunggu sehingga kita amat pasti bahawa pandemik dan Covid-19 ini bukan lagi satu epidemik tetapi endemik dan kita masih belum lagi sampai ke tahap itu."

Dr Janil menambah, adalah sukar menyatakan bila Singapura akan mencapai tahap itu tetapi sehingga masa itu tiba, cara paling mudah, murah dan paling kurang membebankan bagi perniagaan untuk melaksanakan langkah sedia ada ialah terus gunakan TraceTogether dan SafeEntry.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg