Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Transformasi, tingkat kemahiran kunci firma tambah produktiviti: DPPMS

Oct 31, 2023 | 7:08 PM
JALANI TRANSFORMASI: Ahli Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Kohe Hasan, menggesa perniagaan menjalani transformasi dan pekerja meningkatkan kemahiran.
JALANI TRANSFORMASI: Ahli Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Kohe Hasan, menggesa perniagaan menjalani transformasi dan pekerja meningkatkan kemahiran. - Foto fail

Kenaikan gaji yang berterusan hanya boleh kekal mampan menerusi pertumbuhan produktiviti, terutama dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Oleh itu, adalah penting bagi perniagaan menjalani transformasi, manakala pekerja meningkatkan kemahiran, kata Cik Kohe Hasan, ahli Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Berucap di sidang media bersama semasa mengumumkan Garis Panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) 2023/2024 yang dikeluarkan pada Selasa di Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Cik Kohe turut menggesa perniagaan supaya melaksanakan Sistem Gaji Fleksibel (FWS).

“Kami percaya bahawa kenaikan gaji yang adil dan mampan adalah penting untuk perniagaan. Kami menyokong pendekatan FWS bagi memastikan gaji mencerminkan produktiviti buruh yang meningkat,” kata beliau, yang juga ahli Lembaga Pengarah Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef).

Bercakap dalam sidang media yang sama, presiden Snef, Encik Robert Yap, juga menggesa majikan dan pekerja supaya meneruskan transformasi perniagaan, dan mengambil langkah tegas untuk mengubah pekerjaan dan melabur dalam peningkatan kemahiran.

“Snef menggesa majikan supaya gigih meningkatkan keupayaan sumber manusia, gigih dalam meningkatkan kemahiran pekerja, dan gigih meningkatkan pekerja bergaji rendah.

“Transformasi perniagaan hanya boleh berjaya apabila tempat kerja dan tenaga kerja diubah secara sepadan,” kata Encik Seah.

Selain DPPMS dan Snef, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menggesa majikan dan pekerja supaya mengambil pendekatan proaktif dalam peningkatan kemahiran mereka.

“Ramai pekerja menghadapi halangan dalam latihan mereka. Sebanyak 77 peratus pekerja kekurangan sumber kewangan untuk membiayai latihan mereka sendiri, manakala 72 peratus pekerja kurang pemahaman tentang jenis latihan yang mereka perlukan untuk kekal relevan.

“Selain itu, 55 peratus pekerja kekurangan sokongan daripada majikan mereka untuk latihan yang dimulakan sendiri,” kata Cik Liew.

Sehubungan itu, Cik Liew berharap syarikat akan melaksanakan Garis Panduan NWC dan memberikan sokongan kepada pekerja untuk menjalani latihan.

Encik Sazali Zainal, setiausaha agung Kesatuan Kakitangan Kejuruteraan ST (Stesu) juga menggalakkan majikan membentuk Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) bersama NTUC, dan memanfaatkan Geran CTC NTUC untuk menyokong usaha transformasi mereka.

“Adalah penting memastikan pertumbuhan gaji yang mampan. Untuk tenaga kerja berkembang maju dalam jangka panjang, kita bukan sahaja perlu meningkatkan gaji, malah memberi tumpuan kepada pembangunan berterusan.

“Jadi, perlu ada usaha mengubah pekerjaan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan meningkatkan produktiviti, supaya kedua-dua pekerja dan majikan akan mendapat manfaat,” kata Encik Sazali.

Turut hadir dalam sidang itu ialah wakil daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg